Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

N. SEMBILAN BENAR SOLAT RAPAT SAF DI MASJID, SURAU MULAI 13 JUN

DALAM NEGARA

N. SEMBILAN BENAR SOLAT RAPAT SAF DI MASJID, SURAU MULAI 13 JUN

Jemaah tidak lagi diwajibkan membawa sejadah bersaiz standard selain aktiviti pengajian ilmu seperti kelas takmir, kuliah, tazkirah dan ceramah dibenarkan tanpa penjarakan fizikal.

Gambar hiasan –fotoBERNAMA

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan membenarkan jemaah untuk merapatkan saf ketika solat di semua masjid dan surau di negeri ini berkuat kuasa 13 Jun.

 Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata jemaah tidak lagi diwajibkan membawa sejadah bersaiz standard selain aktiviti pengajian ilmu seperti kelas takmir, kuliah, tazkirah dan ceramah dibenarkan tanpa penjarakan fizikal.

“Bagaimanapun, jemaah masih wajib memakai pelitup muka dengan sempurna sepanjang berada dalam ruang masjid dan surau yang tertutup,” katanya menerusi catatan di Facebooknya.

Dalam pada itu, beliau berkata ibadah korban sempena Aidiladha pada tahun ini juga dibenarkan untuk dilaksanakan di masjid dan surau di seluruh negeri.

Aminuddin berkata pemohon atau penganjur perlu membuat permohonan melalui sistem e-qurb@NS di http://equrbans.jheains.my bermula 2 petang esok hingga 4 petang, 3 Julai depan.

Menurutnya jemaah juga dibenarkan merapatkan saf ketika solat sunat Aidiladha namun pemakaian pelitup muka adalah diwajibkan. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading