Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MALAYSIA HARAP JADI NEGARA PERTAMA PERKENAL UNDANG-UNDANG LARANGAN MEROKOK GENERASI MUDA -KHAIRY

DALAM NEGARA

MALAYSIA HARAP JADI NEGARA PERTAMA PERKENAL UNDANG-UNDANG LARANGAN MEROKOK GENERASI MUDA -KHAIRY

“Tiada lagi aktiviti merokok dan tembakau. Ada pihak yang percaya bahawa pengharaman bukanlah jalan penyelesaian; Saya berazam untuk menjayakan usaha ini.”

Khairy Jamaluddin — fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Malaysia berharap menjadi negara pertama di dunia yang menggubal undang-undang melarang aktiviti merokok terhadap generasi muda yang lahir selepas 2005 (Generational End Game) apabila cadangan perundangan penting itu dibawa ke Parlimen bulan depan, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata jika diluluskan dan dikuatkuasakan dengan berkesan ia boleh membantu meningkatkan tahap kesihatan yang lebih baik secara ketara dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

“Sekiranya undang-undang ini diluluskan, rakyat Malaysia yang lahir selepas 2005 tidak akan dapat membeli atau menggunakan produk rokok lagi. Selesai.

“Tiada lagi aktiviti merokok dan tembakau. Ada pihak yang percaya bahawa pengharaman bukanlah jalan penyelesaian; Saya berazam untuk menjayakan usaha ini.”

Beliau berkata demikian dalam ucaptama bertajuk Future-Proofing Public Health Care yang telah disampaikan semasa Dialog Kepimpinan Pemikiran Kesihatan Awam yang diadakan di Sekolah Kesihatan Awam Saw Swee Hock di Universiti Nasional Singapura (NUS) pada 2 Jun ketika beliau berada di republik itu sebagai Felow Pertukaran Lee Kuan Yew. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading