Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PERAK BENARKAN BUKA PUASA, MOREH DI MASJID

DALAM NEGARA

PERAK BENARKAN BUKA PUASA, MOREH DI MASJID

IPOH: Semua masjid di Perak dibenarkan untuk mengadakan majlis iftar (berbuka puasa) dan moreh selepas solat sunat tarawih sepanjang Ramadan.

Menurut Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd Yusop Husin, kebenaran tersebut perlu dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ketat yang akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

“Apa yang boleh saya katakan, hidangan secara berhidang turut dibenarkan, tidak hanya juadah secara bungkus.

“Keputusan sama ada juadah secara berhidang atau secara bungkus, terpulang kepada jawatankuasa masjid masing-masing,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad sedia mempertimbangkan cadangan JAIPk mengenai masjid-masjid di Perak menganjurkan bazar Ramadan pada tahun ini.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading