MUHAMMAD SAJJAD BARANGKALI BERADA DI LUAR NEGARA – PDRM

NILAI: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat kemungkinan usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat berada di luar negara.

Lapor Berita Harian, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan Muhammad Sajjad berada di luar negara, bagaimanapun pemantauan sedang dilakukan.

“Ada laporan mengatakan Muhammad Sajjad berada di luar negara, polis masih terus memantau.

“Kes ini berada di bawah Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Selangor, namun kes ini juga masih dalam tindakan kita,” katanya selepas merasmikan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai, hari ini.

Sebelum ini, video yang dimuat naik Muhammad Sajjad sendiri menyatakan bahawa dia mahu keluar daripada Islam.

Pada 6 Januari lalu, Muhammad Sajjad mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah di sini atas tuduhan sebagai seorang lelaki berpakaian menyerupai wanita pada 2018 lalu.—AlHijrah Online

Leave a Reply