Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

HALANG ADIK BERCINTA, TEMAN LELAKI BAKAR KERETA ABANG

DALAM NEGARA

HALANG ADIK BERCINTA, TEMAN LELAKI BAKAR KERETA ABANG

Gambar hiasan.

KLANG: Gara-gara dihalang untuk bercinta, seorang lelaki bertindak membakar kereta abang teman wanitanya di Taman Menara Maju, di sini, pada Selasa lepas.

Lapor Sinar Harian, menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Shamsul Amar Ramli, pengadu menyedari kejadian tersebut dalam jam 2.30 pagi selepas dimaklumkan jirannya bahawa suspek telah membakar kereta miliknya jenis Honda City.

“Bertindak hasil laporan yang dibuat pengadu berusia 25 tahun itu, suspek berjaya ditahan kira-kira jam 7 petang di Telok Panglima Garang, Kuala Langat pada hari yang sama.

“Polis turut merampas sebuah kereta jenis Toyota Vios untuk tindakan lanjut,” katanya.

Shamsul Amar berkata, hasil daripada soal siasat mendapati suspek mengaku melakukan kes tersebut akibat tidak berpuas hati dengan pengadu.

Menurutnya, suspek mendakwa dirinya dihalang dan dimarahi oleh pengadu kerana bercinta dengan adik pengadu.

“Suspek juga mendakwa dia bukan diupah oleh mana-mana geng kongsi gelap dan tindakan membakar kereta itu hanya kerana tidak berpuas hati dengan pengadu,” katanya.

Kes masih dalam siasatan dan suspek direman selama lima hari sehingga 3 April untuk siasatan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading