PERSAUDARAAN, PERPADUAN UMAT ISLAM AKAN SENTIASA DIUJI, TITAH SULTAN NAZRIN
KUALA LUMPUR: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bertitah ikatan persaudaraan dan perpaduan dalam kalangan umat Islam, akan sentiasa diuji dengan pelbagai perkara yang akhirnya membawa kepada perpecahan dan persengketaan.
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan bertitah pada Majlis Perasmian Penutupan dan Pengurniaan Hadiah kepada Johan Tilawah dan Johan Hafazan Al-Quran di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) – Bernama
KUALA LUMPUR: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bertitah ikatan persaudaraan dan perpaduan dalam kalangan umat Islam, akan sentiasa diuji dengan pelbagai perkara yang akhirnya membawa kepada perpecahan dan persengketaan.
Baginda bertitah fitnah dan menyemaikan rasa benci kini semakin mempengaruhi pemikiran dan pendirian ummah, yang mendorong kepada pertelingkahan, keretakan hubungan dan perpecahan.
Sehubungan itu, baginda bertitah umat Islam sewajibnya memilih untuk melihat elemen persamaan, yang berupaya membina perpaduan ummah dalam semangat ‘biduk lalu kiambang bertaut’.
“Perpaduan ialah perkara yang wajib diutamakan dan dijiwai oleh insan yang menghayati roh Islam, kerana Islam ialah agama yang menekankan kepada aspek keamanan dan perdamaian.
“Umat Islam adalah bersaudara atas dasar tautan roh, yang seharusnya berperanan memperkukuh rasa kasih sayang, saling hormat-menghormati serta bersikap sopan terhadap orang lain,” titah baginda.
Sultan Nazrin bertitah demikian pada Majlis Perasmian Penutupan dan Pengurniaan Hadiah Tilawah dan Menghafaz Al-quran Peringkat Antarabangsa Ke-63 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, malam tadi.
Sementara itu, Sultan Nazrin turut bertitah persaudaraan insaniah yang terjalin, diperkukuhkan dengan semangat persaudaraan yang berpegang pada satu akidah, terbina dari dasar tauhid yang mengaku tiada tuhan disembah melainkan Allah.
Titah baginda, masyarakat yang kuat terbina melalui perpaduan yang kukuh dan disebabkan itu, perpaduan sangat dianjurkan dan diterapkan menerusi amalan-amalan ibadah seperti solat berjemaah, solat Jumaat, bertadarus al-Quran, berqiamullail di masjid.
“Begitu juga falsafah yang tersirat di sebalik ibadah-ibadah zakat, sedekah, wakaf dan haji, juga tuntutan melakukan pelbagai tanggungjawab fardu kifayah,” titah baginda. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.