PESALAH KHALWAT BERULANG JALANI HUKUMAN SEBAT DI KHALAYAK RAMAI DI TERENGGANU
Pelaksanaan hukuman berkenaan menjadikan tertuduh berumur 42 tahun yang mengaku bersalah berkhalwat buat kali ketiga itu, sebagai individu pertama di Terengganu disebat di khalayak ramai.
Buruh, Mohd Affendi Awang, 42, tiba di Masjid Al-Muktafi Billah Shah di sini, hari ini, bagi menjalani hukuman sebat syariah di khalayak ramai setelah melakukan kesalahan khalwat berulang. –fotoBERNAMA
KUALA TERENGGANU: Hukuman sebat di khalayak ramai terhadap buruh yang melakukan kesalahan khalwat berulang, dilaksanakan di Dewan ‘Aasim, Masjid Al-Muktafi Billah Shah di sini, selepas solat Jumaat hari ini.
Pelaksanaan hukuman berkenaan menjadikan tertuduh berumur 42 tahun yang mengaku bersalah berkhalwat buat kali ketiga itu, sebagai individu pertama di Terengganu disebat di khalayak ramai.
Terdahulu, duda kepada lima anak yang memakai pakaian lokap berwarna merah dan memakai pelitup muka tiba di dewan masjid pada 2.28 petang dengan diringi pegawai Penjara Marang, terus dibawa ke bilik khas untuk menjalani pemeriksaan kesihatan oleh pegawai perubatan.
Sebelum hukuman dilaksanakan, hadirin di dewan yang tidak dibenarkan membawa sebarang peranti komunikasi termasuk telefon pintar dan dikawal rapi polis, diberi penerangan latar belakang kes oleh pegawai mahkamah syariah negeri.
Hukuman enam sebatan dilaksanakan pada 2.50 petang dengan menggunakan rotan di belakang badan lelaki itu selesai dua minit kemudian, dan dia dibawa semula ke bilik khas sebelum meninggalkan masjid menggunakan van penjara pada 3.01 petang.
Walaupun orang ramai memenuhi perkarangan masjid namun polis berjaya mengawal situasi sepanjang pelaksanaan hukuman berlangsung.
Seramai 70 individu terpilih termasuk wartawan beratur untuk mendaftar serta menjalani pemeriksaan sebelum memasuki Dewan Masjid Al-Muktafi Billah Shah bagi menyaksikan hukuman sebat.
Pada 20 Nov lepas, Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu Kamalruazmi Ismail menjatuhkan hukuman enam sebatan dan denda RM4,000 atau enam bulan penjara jika gagal menjelaskan denda, selepas Mohd Affendi mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 31(a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) Pindaan 2022.
Hukuman itu dijatuhkan kerana ia kesalahan ketiga tertuduh, memandangkan pada 19 Feb lepas, Mohd Affendi dijatuhkan empat sebatan secara tertutup dalam penjara dan didenda RM3,000 kerana kesalahan khalwat kali kedua, selain pernah didenda RM2,700 untuk kesalahan sama pada 11 Julai 2023.
Berdasarkan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) Pindaan 2022 yang berkuat kuasa 1 Jan lalu, kesalahan khalwat bagi kali kedua dan seterusnya boleh dikenakan hukuman sebatan sehingga enam kali, denda sehingga RM5,000 atau tiga tahun penjara. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.