Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BEKAS PEMBANTU PUSAT ASUHAN DIDAKWA ANIAYA KANAK-KANAK TIGA TAHUN

DALAM NEGARA

BEKAS PEMBANTU PUSAT ASUHAN DIDAKWA ANIAYA KANAK-KANAK TIGA TAHUN

Nur Iffatinnadwah Mat Lias, 22, didakwa melakukan kesalahan itu terhadap mangsa yang berusia tiga tahun dua bulan di sebuah pusat asuhan di Plaza Damas di sini, antara 5.15 petang hingga 6.15 petang, 9 Julai.

KUALA LUMPUR: Seorang bekas pembantu sebuah pusat asuhan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan menganiaya seorang kanak-kanak lelaki sehingga menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal, lima bulan lepas.

Nur Iffatinnadwah Mat Lias, 22, didakwa melakukan kesalahan itu terhadap mangsa yang berusia tiga tahun dua bulan di sebuah pusat asuhan di Plaza Damas di sini, antara 5.15 petang hingga 6.15 petang, 9 Julai.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang boleh dihukum di bawah seksyen sama, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding itu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jaminan RM20,000 ditawarkan Timbalan Pendakwa Raya Nadia Eleena Jamaludin Akbal, dikurangkan atas alasan dirinya anak yatim dan menyara hidup dengan berniaga.

Hakim Egusra Ali membenarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tertuduh menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai, selain menetapkan 7 Feb depan sebagai sebutan semula kes. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading