Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PESARA RUGI LEBIH RM90,000 DITIPU SINDIKET PELABURAN DALAM TALIAN

DALAM NEGARA

PESARA RUGI LEBIH RM90,000 DITIPU SINDIKET PELABURAN DALAM TALIAN

KUALA TERENGGANU: Seorang pesara kerugian RM90,541 selepas ditipu sindiket pelaburan dalam talian tidak wujud, bulan lepas.

KUALA TERENGGANU: Seorang pesara kerugian RM90,541 selepas ditipu sindiket pelaburan dalam talian tidak wujud, bulan lepas.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata lelaki berusia 59 tahun itu menerima pautan menyertai pelaburan tersebut menerusi aplikasi WhatsApp pada 11 Jun daripada rakan wanita dikenali di Facebook.

“Suspek memujuk lelaki itu mendaftar untuk melabur. Mangsa membuat sedikit pelaburan dan mendapat pulangan RM2,767. Teruja dengan keuntungan itu, dia seterusnya melabur RM90,541 melalui sembilan transaksi ke enam akaun.

“Bagaimanapun, mangsa menerima mesej pada 2 Julai lepas memberitahu terdapat kesilapan pada transaksi terakhir dan perlu membayar denda RM31,400 selain dijanjikan pulangan RM432,000 jika membuat pembayaran itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azli berkata mangsa membuat laporan di Balai Polis Gong Badak di sini semalam, dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading