BERHENTI NORMALISASIKAN MAKSIAT, SELAMATKAN GENERASI PEWARIS – MOHD NA’IM
Tindakan menormalisasikan perbuatan maksiat atas nama kebebasan peribadi mesti dihentikan dan masyarakat perlu bangkit membina bentang akhklak serta rohani.
KUALA LUMPUR: Tindakan menormalisasikan perbuatan maksiat atas nama kebebasan peribadi mesti dihentikan dan masyarakat perlu bangkit membina bentang akhklak serta rohani, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
Beliau yang bimbang dengan laporan bahawa 1,091 pelajar Institut Pendidikan Tinggi (IPT) dikesan menghidap HIV antara 2020 hingga 2024, dengan 222 kes baharu dilaporkan tahun lepas berkata pendidikan, kesedaran serta penguatkuasaan perlu berjalan seiring bagi menangani masalah terbabit.
Sehubungan dengan itu, Mohd Na’im berkata agensi agama, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan institusi pendidikan mesti berganding bahu untuk menyelamatkan generasi pewaris negara.
“Data ini sungguh memilukan. Majoriti kes melibatkan remaja berusia 18 hingga 19 tahun. Sebagai menteri yang memikul amanah hal ehwal agama, saya amat risau dengan trend yang membimbangkan ini.
“Kepada para pelajar dan belia, peliharalah maruah diri dan pegang teguh nilai-nilai murni. Agama bukan sekadar ilmu untuk dipelajari, tetapi juga pedoman hidup yang perlu diamalkan. Hidup berprinsip, bukan sekadar mengikut arus,” katanya menerusi catatan Facebook.
Pendedahan mengenai jumlah jangkitan tu dibuat Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni semasa sidang media selepas merasmikan Persidangan Meja Bulat Media Mengenai Pendekatan Pengurangan Kemudaratan 2024 di ibu negara, Selasa lepas.
Lukanisman turut mengakui wujud kekangan dari segi akses remaja bawah umur kepada ujian kendiri HIV dan rawatan susulan kerana tiada peruntukan undang-undang yang membenarkan mereka menjalani saringan tanpa kebenaran ibu bapa. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked