Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KEPALA KANAK-KANAK DUA TAHUN TERSEPIT PADA BESI PENGHADANG

DALAM NEGARA

KEPALA KANAK-KANAK DUA TAHUN TERSEPIT PADA BESI PENGHADANG

Seorang kanak-kanak perempuan dua tahun menahan kesakitan kira-kira 10 minit selepas kepalanya tersepit pada celahan besi penghadang di sebuah taman asuhan kanak-kanak di Taman Jawi Indah, Nibong Tebal hari ini.

Sumber Gambar: JBPM Pulau Pinang

NIBONG TEBAL: Seorang kanak-kanak perempuan dua tahun menahan kesakitan kira-kira 10 minit selepas kepalanya tersepit pada celahan besi penghadang di sebuah taman asuhan kanak-kanak di Taman Jawi Indah, di sini hari ini.

Mangsa dipercayai bermain di kawasan besi itu sebelum kejadian berlaku.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.27 pagi.

“Bomba yang tiba di lokasi tujuh minit kemudian berjaya mengeluarkan kepala kanak-kanak itu daripada besi penghadang dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan serius,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata operasi melibatkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nibong Tebal tamat sepenuhnya pada 8.49 pagi dan mangsa berada dalam keadaan stabil serta selamat bersama penjaga. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

1 Comment

1 Comment

  1. Anonymous

    13 July 2025 at 10:51 AM

    Tahniah JBPM.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading