JURULATIH BERBASIKAL DIDAKWA LAKUKAN AMANG SEKSUAL TERHADAP PELATIH BAWAH UMUR
Seorang jurulatih berbasikal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang, hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelatih berbasikal perempuan, tahun lepas.
KUALA LUMPUR: Seorang jurulatih berbasikal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang, hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelatih berbasikal perempuan, tahun lepas.
Nor Effandy Rosli, 58, yang merupakan bekas pelumba basikal lebuh raya negara didakwa sebagai seorang yang mempunyai hubungan amanah, iaitu jurulatih berbasikal telah melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja berumur 15 tahun sembilan bulan ketika kejadian, di stor simpanan basikal di Taman Desa Keramat, di sini pada 6 petang, Jun 2024.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16 (1) akta sama.
Seksyen 14 (a) memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan manakala Seksyen 16 (1) berdepan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan tidak kurang dua sebatan, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Nadiah Malek Fauzie memohon jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin kerana kesalahan itu melibatkan mangsa bawah umur selain memohon tertuduh menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melapor diri di balai polis berhampiran sehingga kes selesai.
Peguam Hamdan Hamzah yang mewakili Nor Effandy memohon jaminan RM5,000 kerana anak guamnya yang bekerja sebagai pembantu penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan pendapatan RM5,000 sebulan perlu menyara empat anak manakala isterinya tidak bekerja.
“Tertuduh bukan seorang yang berisiko melarikan diri kerana selepas siasatan dilakukan, dia dilepaskan dengan jaminan polis dan ketika pegawai penyiasat meminta dia hadir ke mahkamah, tertuduh hadir pada hari ini,” katanya.
Hakim Norshila Kamarudin membenarkan Nor Effandy diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah, melapor diri di balai polis berhampiran kediamannya sebulan sekali serta dilarang mengganggu atau menghubungi mangsa yang boleh menjejaskan perjalanan kes.
Mahkamah menetapkan 1 Ogos ini untuk sebutan semula kes. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.