Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PLUS TEMPATKAN KAKITANGAN DI LORONG RFID

DALAM NEGARA

PLUS TEMPATKAN KAKITANGAN DI LORONG RFID

KUALA LUMPUR: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan menempatkan kakitangannya di lorong Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) bagi membantu pengguna yang mengalami masalah.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, PLUS memaklumkan pelanggan lebuh raya yang mengalami masalah pengesanan di lorong RFID tidak perlu risau kerana kakitangan tol akan menggunakan peranti mudah alih untuk mengimbas tag RFID.

“Sekiranya tag masih tidak dapat dikesan, kupon untuk diagnostik pengesanan penuh di pusat fitmen Touch ‘n Go yang terdekat akan disediakan. Jika tag RFID masih mempunyai isu pengesanan selepas ujian, Touch ‘n Go akan menggantikan tag RFID secara percuma,” kata kenyataan tersebut.

Selain itu PLUS menghargai maklum balas dan pandangan orang ramai terhadap isu kesesakan yang timbul di plaza tol dan telah mengambil tindakkan untuk penambahbaikan berdasarkan maklum balas ini.

PLUS juga telah menggandakan pasukan untuk membantu pelanggan di plaza tol, serta meningkatkan keterlihatan papan tanda arah untuk meningkatkan pengenalan lorong RFID.

Syarikat itu berharap dengan peningkatan penghijrahan pembayaran tol menerusi RFID, yang sejajar dengan gaya hidup digital pembayaran tanpa sentuh hari ini dan e-Dompet, akan membawa pengalaman perjalanan yang lebih lancar dan menyeronokkan. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading