Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS BURU PEMANDU BENARKAN KANAK-KANAK KELUAR KEPALA DARI BUMBUNG KERETA

DALAM NEGARA

POLIS BURU PEMANDU BENARKAN KANAK-KANAK KELUAR KEPALA DARI BUMBUNG KERETA

Polis sedang mengesan pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X70 yang bersikap cuai dengan membenarkan seorang kanak-kanak mengeluarkan kepalanya melalui bumbung tembus cahaya (sunroof) di Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE).

PETALING JAYA: Polis sedang mengesan pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X70 yang bersikap cuai dengan membenarkan seorang kanak-kanak mengeluarkan kepalanya melalui bumbung tembus cahaya (sunroof) di Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE).

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya mengesan rakaman video tular menerusi laman sosial Twitter pada jam 12.15 tengah malam.

“Dalam rakaman video itu memaparkan sebuah SUV Proton X70 berwarna merah bersikap cuai terhadap keselamatan kanak-kanak dengan membenarkannya mengeluarkan kepala melalui sunroof kenderaan berkenaan,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan kerana perbuatan cuai sehingga membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain.

Jika sabit bersalah, suspek boleh dihukum penjara tidak melebihi tiga bulan atau denda tidak melebihi RM500 atau kedua-duanya sekali.

Mohamad Fakhrudin berkata orang ramai yang melihat kejadian boleh menghubungi penolong pegawai penyiasat trafik, Sarjan Mejar Mohd Yusof Hamzah di talian 011-23065984 bagi membantu siasatan.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading