Maaroof Nordin (tengah) bersama dua isterinya, Noraini Ishak (kanan) dan Effa Rizam Abd Ghafar (kiri)
KUANTAN: Dua isteri sanggup berkorban tinggal serumah menjaga suami yang terlantar akibat kencing manis tahap empat sejak dua tahun lalu.
Noraini Ishak dan Effa Rizam Abd Ghaffar, kedua-duanya berusia 42 tahun, tinggal sebumbung demi memastikan suami mereka Maarof Noordin, 58, diurus dan dijaga dengan baik.
Menurut Maarof pengorbanan kedua-dua isterinya amat menyentuh hati dan sangat dihargai kerana dia sudah lagi tidak mampu bekerja selepas menjalani pembedahan Oktober tahun lalu.
“Ketika ini Noraini membantu menguruskan saya di rumah, manakala Effa keluar mencari rezeki dengan bekerja sebagai tukang kebun sekolah dan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) secara sambilan.
“Saya amat bersyukur dan menghargai pengorbanan kedua-dua mereka menjaga saya,” katanya.
Jelas Maarof, dia berkahwin dengan Noraini pada 2007 manakala Effa pula dinikahinya pada 2018.
Ketika menceritakan kembali detik disahkan penyakit itu, Maarof yang tinggal di Kampung Cherating Lama, Kuantan berkata, dia dikesan menghidap penyakit kencing manis pada tahun 2021.
“Pada awalnya bahagian kaki kiri membengkak selepas digigit semut, tapi kembali pulih tidak lama kemudian.
“Namun selepas membuat pemeriksaan lanjut, doktor sahkah saya menghidap penyakit kencing manis. Apabila keadaan semakin teruk, doktor menasihatkan untuk memotong kaki kiri pada Oktober lalu bagi mengelak masalah penyakit itu merebak ke bahagian lain,” katanya.
Dalam pada itu Maarof berkata, beliau amat mengharapkan bantuan memandangkan kos perubatannya mencecah RM700 sebulan termasuk kos ulang-alik ke hospital dan klinik.
Nasib menimpa Maarof dan pasangan mendapat perhatian Amal Team Kuantan yang hadir memberikan bantuan awal kepada keluarga itu hari ini selain permasalahan mereka dirujuk kepada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) untuk tindakan susulan.
Orang ramai yang ingin membantu keluarga Maarof boleh menghubungi talian 016-800 6507 untuk mendapatkan maklumat lanjut. – AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests