POLIS KENAL PASTI DALANG INSIDEN RATUSAN ROHINGYA LARI DARI DEPOT IMIGRESEN
“Hasil soal siasat setakat ini, kami mendapati mereka ini (tahanan) melarikan diri kerana ingin bebas dan tidak menjurus kepada sikap tidak puas hati terhadap sistem pengurusan,”
BANDAR BAHARU: Polis sudah mengenal pasti dalang utama yang disyaki mencetuskan insiden ratusan tahanan Rohingya melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen Sungai Bakap, semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Datuk G. Suresh Kumar berkata lelaki berumur lingkungan 30-an itu merupakan tahanan di depot berkenaan dan dipercayai tahanan lama.
“Kami percaya lelaki ini menjadi ‘kepala’ yang mungkin mengapi-apikan sentimen untuk bertindak.
“Lelaki ini masih bebas dan usaha mengesan masih diteruskan,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Bandar Baharu di sini, hari ini.
Suresh berkata siasatan masih diteruskan dan setakat semalam, seramai 200 tahanan Rohingya disoal siasat.
Beliau berkata lebih 20 anggota daripada Jabatan Imigresen dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang bertugas ketika kejadian dipanggil hari ini untuk rakaman percakapan bagi membantu siasatan.
“Hasil soal siasat setakat ini, kami mendapati mereka ini (tahanan) melarikan diri kerana ingin bebas dan tidak menjurus kepada sikap tidak puas hati terhadap sistem pengurusan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bandar Baharu DSP Mohd Akmal Hizam Abd Khupur memberi jaminan kawasan itu selamat walaupun berlaku insiden ratusan etnik Rohingya yang lari dari depot tahanan, awal pagi semalam.
Beliau berkata 14 pasukan polis dengan kekuatan lebih 150 anggota termasuk Pasukan Gerakan Am digerakkan untuk mencari saki-baki tahanan yang masih bebas.
“Buat masa ini kami menumpukan pekan Bandar Baharu, Relau dan Lubok Buntar dengan masing-masing merangkumi dua kilometer radius pencarian.
“Mereka ini (tahanan) ada yang kita jumpa di tepi jalan dan dipercayai ada yang masih bersembunyi di kawasan semak tanpa arah tujuan,” katanya.
Mohd Akmal Hizam turut menasihatkan penduduk untuk tidak bertindak bersendirian sekiranya berhadapan dengan tahanan itu dan melaporkan kepada anggota di balai polis berhampiran untuk tindakan selanjutnya.
Dalam kejadian awal pagi Rabu, 528 warga asing terdiri daripada etnik Rohingya yang merupakan tahanan di Depot Tahanan Imigresen Sungai Bakap, melarikan diri.
Setakat ini, seramai 130 tahanan iaitu 99 lelaki dewasa, 21 wanita dewasa, lima kanak-kanak lelaki dan lima kanak-kanak perempuan belum dijumpai. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.