KEBAKARAN RUMAH DI SEMPORNA BERULANG, MANGSA PASRAH MULAKAN KEMBALI KEHIDUPAN
Angelista berkata tragedi malam tadi menyebabkan semua harta benda yang dikumpul selepas kebakaran tahun 2015 itu musnah sekelip mata, dan malam tadi beliau sekeluarga kembali sehelai sepinggang sama selepas kejadian 2015.
SEMPORNA: Kehilangan segala harta benda dalam kejadian kebakaran rumah pada tahun 2015, Angelista Bastara sama sekali tidak menyangka kejadian itu berlaku sekali lagi malam tadi, namun beliau pasrah untuk memulakan kembali kehidupannya.
Angelista, 45, berkata tragedi malam tadi menyebabkan semua harta benda yang dikumpul selepas kebakaran tahun 2015 itu musnah sekelip mata, dan malam tadi beliau sekeluarga kembali sehelai sepinggang sama selepas kejadian 2015.
“Dahulu kami tinggal sehelai sepinggang kerana tidak ada apa-apa yang dapat diselamatkan, nampak hari ini sekali lagi terpaksa bermula semula,” katanya ketika ditemui pemberita di pusat penempatan sementara Dewan Belia dan Sukan Kampung Bangau-Bangau di sini hari ini.
Lewat malam tadi, kira-kira 100 rumah di kawasan penempatan transit di Kampung Bangau-Bangau yang diwujudkan pada tahun 2017, musnah dalam kebakaran.
Kawasan berkenaan merupakan penempatan bagi mangsa kebakaran rumah atas air di Kampung Bangau-Bangau pada tahun 2015 dan ketika itu 435 rumah musnah dalam kejadian tersebut.
Berkongsi mengenai kejadian malam tadi, Angelista berkata ketika itu dia sedang memasak air panas dan tiba-tiba terdengar suara jeritan yang disangkakan aktiviti ‘kejut sahur’, sebelum berlaku dua letupan kuat.
“Saya nampak api, tanpa buang masa saya keluar bersama anak bongsu berusia tiga tahun, serta sebelum itu sempat mengambil dokumen diri, kemudian saya periksa semua enam anak saya termasuk yang sulung berusia 17 tahun, selamat.
“Selepas itu baru saya berpatah balik masuk ke rumah, menyelamatkan suami, 50, yang mengalami bengkak kaki dan tidak dapat berjalan untuk dipapah keluar menyelamatkan diri bersama-sama, syukur saya sempat sampai, api waktu itu sudah semakin dekat dengan rumah kami,” katanya lagi.
Bagi Limgon Linsun, 38, pula tiba-tiba beliau mendapat kekuatan untuk menyelamatkan dua mertuanya yang merupakan warga emas, dengan cara seorang didukung manakala seorang lagi ditolak menggunakan troli.
“Sebelum kejadian saya sedang berbaring, tiba-tiba saya mendengar jeritan dari luar dan saya berlari keluar dan melihat kepulan asap serta api besar, saya cuma ingat mentua, waktu itu tiada barang yang dapat diselamatkan kecuali kereta saya,” katanya.
Sementara itu, seorang wanita warga emas, Sitti Julbaidah, 80, terpaksa menguatkan hati untuk meredah kepulan asap tebal bagi menyelamatkan diri serta cucunya berusia 3 tahun.
“Saya orang terakhir keluar dari rumah, tiada apa-apa yang saya bawa, saya berlari, asap tebal tidak nampak apa-apa, orang macam semut waktu itu, syukur semua ahli keluarga terselamat, meskipun harta benda tidak dapat diselamatkan,” katanya turut reda dengan dugaan dihadapi.
Sementara itu, Brave Bagiti, 27, pula berkata dia melihat api bermula dari rumah di kawasan tengah penempatan, sebelum merebak memusnahkan rumah lain.
“Waktu itu saya sedang membaiki kereta sebelum ternampak api dari rumah di tengah-tengah, saya jerit ‘api’ banyak kali dan sekuat hati,” katanya dan menambah rumah mentuanya juga terbakar serta bahagian belakang keretanya terkena api.
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dalam kenyataan hari ini melaporkan lebih 900 mangsa terjejas akibat kebakaran itu, dan sebuah pusat penempatan sementara di buka di Dewan Belia dan Sukan Kampung Bangau-Bangau di sini.
Pada awal bulan ini, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan peruntukan RM8.25 juta bagi kerja-kerja membaiki rumah transit Kampung Bangau-Bangau yang didiami mangsa kebakaran kampung itu pada tahun 2015. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests