Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS KESAN LELAKI CURI PAKAIAN DALAM WANITA

DALAM NEGARA

POLIS KESAN LELAKI CURI PAKAIAN DALAM WANITA

Polis sedang mengesan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian mencuri pakaian dalam wanita yang diisidai di balkoni sebuah pangsapuri berhampiran Jalan Dr. Wu Lien Teh di Georgetown, Jumaat lepas.

GEORGE TOWN: Polis sedang mengesan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian mencuri pakaian dalam wanita yang diisidai di balkoni sebuah pangsapuri berhampiran Jalan Dr. Wu Lien Teh di sini, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad berkata pihaknya menerima laporan polis berhubung kejadian itu daripada pemilik rumah, iaitu seorang lelaki tempatan berusia 64 tahun pada 10 pagi dan insiden berlaku pada 4.24 pagi hari yang sama.

“Pihak polis mengesan satu rakaman video tular dimuat naik di media sosial hari ini dan mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baru-baru ini tular di media sosial satu video berdurasi 34 saat memaparkan gelagat seorang lelaki mencuri pakaian dalam wanita dari balkoni sebuah rumah sehingga menerima kritikan netizen.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading