Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS SAHKAN ANAK BEKAS MENTERI DISERANG

DALAM NEGARA

POLIS SAHKAN ANAK BEKAS MENTERI DISERANG

Polis mengesahkan anak seorang bekas menteri diserang dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya, di sini, petang tadi.

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata kejadian dipercayai berlaku kira-kira 2 petang di kawasan mengambil dan menurun penumpang.

Sumber: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan anak seorang bekas menteri diserang dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya, di sini, petang tadi.

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata kejadian dipercayai berlaku kira-kira 2 petang di kawasan mengambil dan menurun penumpang. 

“Kejadian tersebut berlaku…ketika mangsa dilaporkan bersama ibunya dan pemandu mereka,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Shazeli berkata mangsa ialah seorang kanak-kanak lelaki dan kini masih dalam pemeriksaan lanjut di sebuah hospital di Selangor. 

Beliau berkata siasatan masih dijalankan termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup di kawasan kejadian.

Sementara itu, bekas Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli mengesahkan kejadian terbabit melibatkan anaknya.

“Sekitar 1.45 tengah hari, semasa anak dan isteri saya memasuki kereta untuk meninggalkan sebuah pusat membeli-belah di Putrajaya, secara tiba-tiba seorang lelaki mengheret anak saya dan mencucuknya dengan jarum suntikan,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Beliau mendakwa serangan itu melibatkan dua lelaki berpakaian hitam dan bertopi keledar yang menaiki sebuah motosikal dan telah mengekori kereta isterinya.

“Anak saya telah dibawa ke Hospital UPM (Universiti Putra Malaysia) untuk rawatan. Pihak polis juga telah berada di tempat kejadian sejurus kejadian. Saya dan keluarga saya telah pun memberi kenyataan kepada pihak polis,” katanya.

Rafizi berkata kejadian seperti itu kali pertama menimpa keluarganya sepanjang beliau menjadi ahli politik.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading