POLIS SIASAT DAKWAAN ANAK BEKAS PEMIMPIN AL-ARQAM DIKURUNG, DISEKSA GISBH
Polis sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan anak kepada bekas pemimpin Al-Arqam Ashaari Muhammad, Ummu Atiyah yang dikatakan pernah menjadi mangsa penindasan serta dikurung ahli GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH).
KUALA LUMPUR: Polis sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan anak kepada bekas pemimpin Al-Arqam Ashaari Muhammad, Ummu Atiyah yang dikatakan pernah menjadi mangsa penindasan serta dikurung ahli GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH).
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata pihaknya telah merakam keterangan wanita berusia 41 tahun itu di Balai Polis Kuala Sungai Baru, Melaka pada 24 Sept lepas bagi siasatan lanjut mengenai dakwaannya yang pernah dikurung di sebuah bilik di rumah amal milik GISBH di Batu Hampar, Perak.
Beliau berkata wanita terbabit turut mendakwa dirinya dipaksa berkahwin dengan seorang pemimpin GISBH sebagai isteri keempat di Jordan ketika dia sedang melanjutkan pelajaran dan menguruskan perniagaan keluarganya di sana.
“Kemudiannya, mangsa mendakwa dibawa ke Turkiye dan diperlakukan dengan kejam oleh ahli GISBH atas arahan suaminya sebelum dibawa lari ke Jakarta, Indonesia dan pulang ke negara ini selepas tempoh visanya tamat.
“Mangsa mendakwa dikurung di dalam sebuah bilik di rumah setingkat kira-kira sebulan yang hanya dilengkapi tilam, almari dan kemudahan elektrik serta tidak diberi kebenaran menggunakan telefon bimbit oleh empat lelaki yang juga pengikut GISBH,” katanya ketika dihubungi.
Razarudin berkata mangsa pernah cuba melarikan diri dari perkampungan yang dihuni oleh remaja dan orang dewasa berusia lingkungan 13 tahun dan ke atas itu, namun berjaya ditangkap penghuni lain.
Mengulas lanjut, beliau berkata mangsa turut mendakwa dipisahkan daripada anak perempuannya yang ketika itu berusia sembilan tahun pada 2018.
Razarudin berkata mangsa yang merupakan anak sulung daripada lapan beradik itu pernah mendapatkan rawatan psikiatri di Hospital Taiping, Perak pada 2018 dan kini sedang mendapatkan bekalan ubat di Hospital Melaka.
“Laporan dan keterangan perubatannya sedang dalam proses perolehan.
“Mangsa juga akan hadir dan menunjukkan semula lokasi rumah dia dikurung esok bagi membantu siasatan,” katanya.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan dan polis sedang mengesan empat lelaki terbabit yang disyaki mengurung mangsa bagi membantu siasatan.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests