Connect with us

ALHIJRAH NEWS

JELAJAH PEDULI UMMAH-MAPIM BANTU MANGSA BANJIR KEDAH

DALAM NEGARA

JELAJAH PEDULI UMMAH-MAPIM BANTU MANGSA BANJIR KEDAH

MAPIM dengan kerjasama ZUS Coffee, Cinta Gaza Malaysia, JAKIM & Yayasan Waqaf Malaysia mengedarkan lebih 100 kotak bantuan awal dan 500 masakan panas di Kampung Baru, Siong sebagai sebahagian daripada lokasi-lokasi Jelajah Peduli Ummah.

KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) telah menggerakkan Misi Ummah Bantu Ummah dengan mengedarkan bantuan ‘foodpack’, perkhidmatan ‘mobile kitchen’ dan perkhidmatan cuci rumah bagi membantu penduduk terjejas akibat banjir di kawasan Baling, Kedah, semalam.

MAPIM dengan kerjasama ZUS Coffee, Cinta Gaza Malaysia, JAKIM & Yayasan Waqaf Malaysia mengedarkan lebih 100 kotak bantuan awal dan 500 masakan panas di Kampung Baru, Siong sebagai sebahagian daripada lokasi-lokasi Jelajah Peduli Ummah.

Katanya, bantuan telah disampaikan ke rumah penduduk yang terjejas dan ada yang diantaranya rumah telah kembali ditenggelami air rentetan banjir berulang yang melanda kawasan Siong.

Menurut Setiausaha Agung MAPIM Faris Hussain berkata, bencana banjir tahun ini berlaku sedikit awal daripada apa yang berlaku beberapa tahun sebelum ini.

Bagaimanapun MAPIM dengan bantuan pendana-pendana seperti ZUS Coffee dan Cinta Gaza Malaysia bersama agensi-agensi kerajaan yang lain bertindak merancang strategi bantuan domestik melalui inisiatif Jelajah Peduli Ummah. 

“Kami akan berusaha memberi bantuan, mengikut kepada keperluan semasa mangsa-mangsa banjir, melalui kerjasama sukarelawan MAPIM Rangers yang berada di kawasan-kawasan yang terkesan. Sayap sukarelawan kami ini sentiasa memberikan maklumat terkini untuk dikoordinasikan penyaluran bantuan dan perkhidmatan yang sesuai.

“MAPIM menyeru rakan NGO lain untuk turut serta membantu meringankan beban mangsa-mangsa banjir di kawasan yang terkesan teruk akibat kenaikan paras air sungai yang bertembung dengan fenomena air pasang luar biasa ketika ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Setakat hari ini, MAPIM telah menyalurkan bantuan perkakasan cuci rumah kepada lebih 200 rumah di kawasan Baling dan Alor Setar dan kini MAPIM bergerak ke Gerik sebagai lokasi yang seterusnya bagi penyaluran bantuan banjir.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading