POLIS TUMPAS SINDIKET DADAH ‘BOY LEMBU’, 32 KG GANJA DIRAMPAS
Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah dikenali ‘Boy Lembu’ selepas tertangkapnya empat suspek termasuk warga asing dalam operasi khas di Pengkalan Utama, Lahat, di Ipoh pada Selasa lepas.
IPOH: Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah dikenali ‘Boy Lembu’ selepas tertangkapnya empat suspek termasuk warga asing dalam operasi khas di Pengkalan Utama, Lahat, di sini pada Selasa lepas.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata hasil maklumat dan risikan yang dijalankan selama dua minggu oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh telah menahan kesemua suspek berusia antara 17 hingga 50 tahun, kira-kira 7 malam.
“Polis merampas 33 bungkusan plastik berisi ketulan mampat dedaun kering disyaki ganja di dalam sebuah lori usang berhampiran sebuah lombong yang ditinggalkan sejak empat tahun lepas yang dijadikan sebagai tempat penyimpanan sementara dadah bagi mengelirukan pihak berkuasa.
“Berat keseluruhan dadah yang dirampas dianggarkan 32 kilogram (kg) dengan nilai rampasan berjumlah RM94,000,” katanya pada sidang media di Bilik Mesyuarat IPD Ipoh, di sini hari ini.
Beliau berkata dadah yang dirampas dipercayai boleh membekalkan 42,000 penagih.
Abang Zainal Abidin berkata hasil ujian air kencing mendapati hanya suspek warga asing positif dadah jenis methamphetamine serta amfetamina, manakala suspek berusia 50 tahun mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah.
“Kita percaya sindiket ini mempunyai rangkaian lain yang dipercayai bergiat aktif di sekitar Ipoh sejak Januari tahun lepas,” katanya.
Beliau berkata kesemua suspek direman selama lima hari hingga Ahad ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Sementara itu, beliau berkata pihaknya turut menahan seorang lagi pengedar dadah berusia 37 tahun dalam serbuan berasingan di sebuah rumah di Tasek Square Residential, Kampung Tawas, di sini kira-kira 3.45 petang semalam.
“Hasil pemeriksaan di ruang bilik rumah sewa berkenaan menemukan tujuh paket plastik lutsinar disyaki dadah jenis syabu seberat 114 gram dengan nilai berjumlah RM13,680.
“Polis turut merampas peralatan yang dipercayai digunakan untuk pengedaran dadah antaranya sebuah penimbang digital, botol kaca yang diubah suai serta bungkusan plastik kosong,” katanya.
Abang Zainal Abidin berkata suspek yang tidak bekerja itu mempunyai 10 rekod lampau berkaitan dadah serta positif dadah jenis methamphetamine.
Semua suspek direman hingga Ahad ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B ADB 1952.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked