PROSEDUR PERMOHONAN SIJIL HALAL DIPERMUDAH, DIPENDEKKAN KE 23 HARI BEKERJA
PUTRAJAYA: Majlis Pembangunan Industri Halal Malaysia memutuskan bermula awal tahun depan, prosedur permohonan dan pembaharuan sijil halal akan dipermudahkan dengan tempoh kelulusan sijil atau maklum balas dipendekkan kepada 23 hari bekerja
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pembangunan Industri Halal Malaysia. – Bernama
PUTRAJAYA: Majlis Pembangunan Industri Halal Malaysia memutuskan bermula awal tahun depan, prosedur permohonan dan pembaharuan sijil halal akan dipermudahkan dengan tempoh kelulusan sijil atau maklum balas dipendekkan kepada 23 hari bekerja
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata keputusan itu dibuat selepas menerima banyak aduan bahawa kelulusan dan pengeluaran sijil halal dibuat dalam tempoh yang terlalu panjang sehingga memakan masa antara sembilan bulan hingga dua tahun.
Dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pembangunan Industri Halal Malaysia di sini semalam, Ahmad Zahid berkata Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) dan Halal Development Corporation (HDC) akan bekerjasama rapat untuk memastikan perkara itu dapat dilaksanakan.
Beliau berkata antara faktor yang menyebabkan tempoh permohonan sijil halal mengambil masa yang lama adalah disebabkan kekangan yang dihadapi oleh pemohon terutamanya daripada Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dalam memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan Bahagian Persijilan Halal Jakim.
“Terdapat permasalahan permohonan yang dikemukakan oleh PMKS, mungkin syarat-syarat tidak dapat dipenuhi terutama dari segi pengubahsuaian atau naik taraf premis bagi tempat-tempat pengeluaran produk, mungkin agak mahal tetapi kita akan lakukan penyelarasan permasalahan yang dihadapi itu,” katanya.
Sebagai permulaan kepada pelaksanaan keputusan itu, Ahmad Zahid berkata HDC serta pihak berkaitan akan melaksanakan proses permohonan baharu sijil halal menerusi pembuktian konsep (POC) membabitkan lima premis perhotelan sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan bagi melihat kelancaran proses berkenaan.
“Buat POC dalam dua bulan, selepas dua bulan kami akan mulakan 23 hari bekerja sebagai penanda aras baharu untuk pensijilan halal dikeluarkan,” katanya.
Ahmad Zahid berkata mesyuarat itu juga bersetuju untuk memperkasakan diplomasi halal dengan kerjasama Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bagi mempromosikan produk dan perkhidmatan halal tempatan ke luar negara.
“Kita harus keluar daripada kepompong pasaran domestik produk-produk halal, maka Kementerian Luar dan MITI telah merencanakan supaya diplomasi halal dapat dilakukan secara bersama di dalam lawatan rasmi dan lawatan kerja kedua-dua kementerian dengan perdana menteri dan lain-lain menteri yang terlibat dalam keluaran produk atau perkhidmatan halal.
Kita ada sekurang-kurangnya tiga perjanjian di peringkat antarabangsa yang ada elemen halal di dalamnya dan kita akan proaktif semua agensi terlibat terutamanya Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), HDC dan Jakim untuk melaksanakan diplomasi halal ini,” katanya. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.