Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tiga, kanan) bersalaman dengan para jemaah selepas selesai menunaikan solat zohor sewaktu hadir pada Program Sentuhan MADANI Felda Daerah Gua Musang di Masjid Al-Ghufran, Chiku 5/6 hari ini. –fotoBERNAMA
GUA MUSANG: Rakyat Kelantan perlu bangkit melakukan perubahan bagi membolehkan negeri itu terus membangun dan dimajukan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ini kerana kerajaan Kelantan ketika ini tidak mampu membangunkan negeri tanpa bantuan Kerajaan Persekutuan.
“Akhirnya rakyat yang menentukan. Rakyat kena sedar, bangkit dan tuntut perubahan ini.
“Kerajaan Kelantan tak mampu, kena ada dukungan daripada Kerajaan Persekutuan. Saya beritahu perkara benar bukan nak bercakap sombong. Begitu juga Perlis, jika kita tidak bantu beri peruntukan, nak bayar gaji pun tak mampu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Sentuhan Kasih Desa, di sini hari ini yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Anwar berkata justeru, kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri amat diperlukan bagi menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi rakyat.
“Namun situasi yang berlaku adalah sebaliknya apabila kita di pihak kerajaan bagi projek, mereka kata kita tipu, kita bagi pandangan dan bercakap, mereka kata masuk neraka.
“Jadi saya mohon kawan-kawan termasuk ustaz-ustaz yang ada dalam PAS, tegurlah mereka. Jangan asyik nak hukum orang saja,” katanya.
Perdana Menteri turut menegaskan komitmen Kerajaan Perpaduan untuk berkerjasama dengan mana-mana pihak dalam usaha membangunkan negara, termasuk di Kelantan.
“Beberapa bulan ini, saya berunding dengan (bekas menteri kewangan) Tengku Razaleigh Hamzah untuk meminta berunding memulihkan ekonomi negara… beliau (Tengku Razaleigh) beri kerjasama baik. Ini kita manfaatkan,” katanya.
Anwar juga sekali lagi menyangkal dakwaan kononnya pentadbiran Kerajaan Perpaduan mengikut telunjuk DAP.
“Selama ini projek untuk golongan usahawan, penduduk desa dan program berbilion ringgit untuk orang Melayu tidak pernah DAP menyanggah atau bantah.
“Yang kena marah adalah (wujudnya) orang yang sakau (duit). Itu kita kena lawan,” katanya.
Selain Kelantan, lima lagi negeri yang turut mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) ialah Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRN di keenam-enam negeri itu serta Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu dilaksanakan serentak dengan 12 Ogos ditetapkan sebagai hari pengundian manakala tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 29 Julai dan 8 Ogos. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests