REMAJA PEREMPUAN CEDERA DI PINGGANG DIPERCAYAI DILIBAS KETIKA MENAIKI MOTOSIKAL
Seorang remaja perempuan cedera di bahagian belakang pinggang dipercayai dilibas dengan objek tajam ketika sedang membonceng motosikal di Jalan Tangga Batu Melaka berhadapan Taman Tangga Batu Seksyen 1 di Melaka, petang semalam.
MELAKA: Seorang remaja perempuan cedera di bahagian belakang pinggang dipercayai dilibas dengan objek tajam ketika sedang membonceng motosikal di Jalan Tangga Batu Melaka berhadapan Taman Tangga Batu Seksyen 1 di sini, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata polis menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira 4.45 petang dan mangsa berusia 18 tahunyang bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Tanjung Kling di sini telah dibawa ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan.
Beliau berkata ketika kejadian, mangsa membonceng motosikal ditunggang kakak iparnya yang juga bekerja di kilang sama dan mereka dalam perjalanan pulang ke rumah di Batu Sembilan, Tangga Batu.
“Hasil siasatan awal mendapati sebelum kejadian, kakak ipar mangsa berusia 21 tahun memaklumkan tiada individu dilihat mengekori motosikal mereka tetapi secara tiba-tiba mangsa mengadu berasa sakit di bahagian belakang pinggang dan meminta untuk memberhentikan motosikal di tepi jalan.
“Selepas kejadian itu, kakak ipar mangsa menyedari sebuah motosikal jenis Yamaha LC V8 warna biru gelap dinaiki seorang lelaki memakai jaket warna gelap dan topi keledar jenis MS warna biru telah memecut laju,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Christopher berkata doktor memaklumkan berdasarkan kesan koyakan panjang pada baju mangsa dan luka dialaminya, kecederaan itu dipercayai bukan disebabkan ditikam tetapi seperti dilibas dengan objek tajam.
Menurut beliau, kedalaman luka dialami belum dapat dipastikan kerana mengalami pendarahan namun remaja berkenaan berada dalam keadaan stabil.
Beliau berkata siasatan turut mendapati mangsa yang berasal dari Tangkak, Johor telah datang ke Melaka kira-kira tiga minggu lepas untuk bekerja di kilang berkenaan dan tiada perselisihan faham dengan mana-mana individu selain tidak mempunyai sebarang kenalan di negeri itu.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah menggunakan senjata atau benda berbahaya lain.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager