Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

RENTAS NEGERI UNTUK SAMBUT RAYA AIDILFITRI DITANGGUHKAN

DALAM NEGARA

RENTAS NEGERI UNTUK SAMBUT RAYA AIDILFITRI DITANGGUHKAN

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) bercadang untuk menangguhkan aktiviti pergerakan merentas negeri bagi sambutan Aidilfitri tahun ini susulan keadaan kes positif COVID-19 yang tidak menentu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, ia berikutan rungutan serta rayuan pelbagai pihak kepada kerajaan bagi menangguhkan kebenaran pergerakan merentas negeri.

“Seperti mana kita sedia maklum, kebanyakan negeri ketika ini masih di bawah PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) dan PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan) sehingga 28 April ini.

“Memandangkan kes harian masih meningkat dan belum stabil, maka pergerakan ini perlu ditangguhkan. Program vaksinasi (Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan) pun masih dijalankan,” katanya hari ini.

Bagaimanapun, Dr Adham berkata pihaknya masih menunggu dapatan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) serta Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit yang berpengkalan di Amerika Syarikat sebelum membenarkan mereka yang sudah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19 dibenarkan untuk rentas negeri.

“Kita masih menunggu dapatan ini untuk memutuskan sama ada perkara ini boleh dibenarkan,” katanya.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini berkata, beliau telah berbincang dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN), dan memutuskan mereka yang sudah lengkap menerima dua dos vaksin COVID-19 dibolehkan merentas negeri dan daerah tanpa halangan pihak berkuasa.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading