Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

RINGGIT BERADA PADA PARAS BAIK SUSULAN EKONOMI BERKEMBANG PADA SUKU PERTAMA – PM ANWAR

DALAM NEGARA

RINGGIT BERADA PADA PARAS BAIK SUSULAN EKONOMI BERKEMBANG PADA SUKU PERTAMA – PM ANWAR

Nilai ringgit pada masa ini secara umumnya berada pada paras yang baik, antaranya disokong oleh prestasi ekonomi negara yang memberangsangkan pada suku pertama 2024, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sumber Gambar: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Nilai ringgit pada masa ini secara umumnya berada pada paras yang baik, antaranya disokong oleh prestasi ekonomi negara yang memberangsangkan pada suku pertama 2024, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada 9 pagi ini, ringgit terus mengukuh kepada 4.6900/6950 berbanding dolar AS, naik daripada 4.6940/6990 pada Isnin.

“(Ringgit berada pada paras RM4.69 pagi ini) adalah okay, angka adalah kukuh dan secara umumnya baik.

“Syukur alhamdulillah, ekonomi kita baik pada suku pertama,” kata beliau kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Global mengenai Ekonomi dan Kewangan Islam (GFIEF) hari ini. 

Malaysia mencatatkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) yang lebih tinggi, iaitu sebanyak 4.2 peratus pada suku pertama 2024 berbanding 2.9 peratus pada suku keempat 2023, didorong oleh perbelanjaan swasta yang lebih kukuh dan pertumbuhan eksport yang positif.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading