SAIFUDDIN TEPIS DAKWAAN KDN BERI KERAKYATAN BESAR-BESARAN KEPADA WARGA ASING
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menepis sebarang dakwaan bahawa kementeriannya sedang dalam proses memberikan kerakyatan Malaysia secara besar-besaran kepada warga asing terutama dari China.
POKOK SENA: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menepis sebarang dakwaan bahawa kementeriannya sedang dalam proses memberikan kerakyatan Malaysia secara besar-besaran kepada warga asing terutama dari China.
Tanpa memperincikan dakwaan itu, Saifuddin Nasution menyifatkan perkara itu satu tohmahan dahsyat yang dilontar tanpa rasa tanggungjawab yang memberi kesan terhadap usaha kementerian menyelesaikan isu permohonan kewarganegaraan ketika ini.
“Jadi inilah yang sedang kami lakukan dan bukan mudah kerana isu kewarganegaraan ini isu yang sangat sensitif, tapi saya menepis sama sekali tohmahan yang menyebut bahawa ini ialah proses pemberian warganegara besar-besaran kepada warga asing terutama dari negara China.
“Beri kami ruang untuk menyelesaikan isu masa depan anak-anak daripada keluarga Malaysia yang proses pendaftaran perkahwinan itu tidak dibuat secara teratur dan sekarang ini apabila ada masalah dan banyak bilangannya kami nak membantu dari segi perkara ini,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan bagi pembelian van jenazah kepada Masjid Ar-Raudhah, Sungai Durian di sini hari ini.
Pada majlis itu, Saifuddin Nasution turut menyampaikan surat kelulusan permohonan kewarganegaraan kepada seorang penerima Khatanak Sayyan, 19, yang sebelum ini tidak mempunyai dokumen pengenalan diri sejak dilahirkan.
Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata terdapat lebih 140,000 permohonan kewarganegaraan yang diterima pihaknya dan daripada jumlah itu, sebanyak 9,000 telah diproses termasuk permohonan yang diluluskan.
Menurut beliau, sekiranya data berkaitan pemberian kewarganegaraan itu diputarbelitkan dan disebarkan, ia boleh memberi persepsi negatif terhadap usaha kementeriannya menyelesaikan isu kewarganegaraan termasuk yang banyak disebabkan oleh kelewatan pendaftaran perkahwinan.
“Sebab puncanya adalah pelbagai, kadang-kadang ibu bapa gagal untuk segera membuat pendaftaran perkahwinan, sedangkan dalam kes kewarganegaraan prasyarat penting dokumen ialah sijil perkahwinan. Jadi apabila ada kekurangan itu lama-kelamaan masalah timbul kepada anak-anak yang dilahirkan.
“Jadi bila mereka (ibu bapa) cuba betulkan, mereka angkat pula permohonan, permohonan pula mengambil masa yang lama, dalam kes ini 19 tahun, 20 tahun pun ada, 15 tahun itu biasa, 12 tahun lagi banyak. Jadi itulah yang saya sebutkan bahawa maksud memberi, mempermudah kelulusan kewarganegaraan adalah untuk kes seperti ini (iaitu) ibu bapa orang Malaysia, anak lahir di sini,” katanya.
Sebelum ini, Jabatan Pendaftaran Negara dilapor menafikan dakwaan kira-kira 54,000 warga China sedang dalam proses diberikan kerakyatan Malaysia kononnya untuk menjadi pengundi DAP.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager