DUA LELAKI MAUT TERSEPIT, TERCAMPAK KELUAR DALAM KEMALANGAN

JOHOR BAHRU: Dua lelaki maut selepas kereta dinaiki mereka terbabas di Jalan Tun Abdul Razak, Taman Suria Muafakat, di sini awal pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Johor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.55 pagi sebelum anggota dan jenteranya dikejarkan ke lokasi kejadian.

Katanya kemalangan melibatkan dua lelaki yang berusia 19 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian kira-kira jam 2 pagi.

“Kereta itu dipercayai terbabas, seorang mangsa ditemukan tersepit dalam kereta, manakala seorang lagi tercampak ke pembahagi jalan. Anggota bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit.

“Pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan mangsa maut di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.—AlHijrah Online

Leave a Reply