DALAM NEGARA
BAYI MASIH BERTALI PUSAT, URI DITEMUKAN DALAM TONG SAMPAH
Seorang bayi perempuan yang baharu dilahirkan ditemukan dalam tong sampah berdekatan Flat Langkawi, Taman Pantai Emas di Klebang Besar, Rabu lepas.
Seorang bayi perempuan yang baharu dilahirkan ditemukan dalam tong sampah berdekatan Flat Langkawi, Taman Pantai Emas di Klebang Besar, Rabu lepas.

MELAKA: Seorang bayi perempuan yang baharu dilahirkan ditemukan dalam tong sampah berdekatan Flat Langkawi, Taman Pantai Emas di Klebang Besar, Rabu lepas.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata bayi masih bertali pusat dan uri itu dijumpai seorang pesara dalam keadaan berbalut tuala kira-kira 10.30 malam.
Beliau berkata sebelum itu, anak remaja lelaki pesara itu yang berusia 18 tahun mendengar suara mencurigakan dari dalam tong sampah ketika melalui kawasan tersebut lalu pulang ke rumahnya di Taman Pantai Emas untuk memaklumkan kepada bapanya.
“Pesara lelaki berusia 50 tahun itu kemudian pergi ke tong sampah tersebut dan menemukan satu beg plastik putih serta mendengar suara mencurigakan disyaki suara bayi baharu dilahirkan.
“Beliau kemudian membawa plastik putih berisi bayi berkenaan ke Balai Polis Batang Tiga kira-kira 10.50 malam,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Christopher berkata pihak Hospital Melaka tiba ke balai berkenaan kira-kira 11.10 malam bagi membuat pemeriksaan kesihatan bayi tersebut dan memotong tali pusat serta urinya.
Beliau berkata tiada kecederaan ditemukan pada badan bayi itu dan bayi terbabit kini ditempatkan di Wad Nurseri Penjagaan Rapi Hospital Melaka.
Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran manakala orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta melaporkan kepada balai polis berhampiran.–AlHijrah Online
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Saifuddin Nasution berkata seseorang pemimpin tidak harus dinilai berdasarkan identiti agama semata-mata, sebaliknya berdasarkan amanah, keadilan...
Bincang Niaga Finale 2026 merupakan peluang terakhir tahun ini bagi lebih ramai usahawan tempatan, khususnya perusahaan...
Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya melanggar seekor lembu di Jalan Kuala Trong-Trong, Taiping, awal...
Lelaki warga asing yang menyerang anggota polis sehingga putus pergelangan tangan di sebuah premis kediaman di...
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus menegaskan kesiapsiagaan anggota di lapangan penting bagi mengelakkan kejadian...
We use cookies to improve your experience on our site. By using our site, you consent to cookies.
Manage your cookie preferences below:
Essential cookies enable basic functions and are necessary for the proper function of the website.
These cookies are needed for adding comments on this website.
Statistics cookies collect information anonymously. This information helps us understand how visitors use our website.
Google Analytics is a powerful tool that tracks and analyzes website traffic for informed marketing decisions.
Service URL: policies.google.com (opens in a new window)