Tag Archives: LANGKAWI

PENGGUNA MENGADU ROTI CANAI RM4 DI LANGKAWI

ALOR SETAR: Persatuan Pengguna Kedah (CAKE) menerima aduan daripada pengguna berhubung harga sekeping roti canai yang dijual pada harga RM4 di Pulau Langkawi. Setiausaha CAKE, Mohd Yusrizal Yusoff berkata, harga itu tidak masuk akal kerana berdasarkan maklumat daripada pengguna, roti canai itu hanya dijual di tepi jalan. Sehubungan itu Mohd Yusrizal meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

Read more

GAGAL KEMUKA REKOD JUALAN, KPDNHEP BUKA KERTAS SIASATAN IKAN SIAKAP RM1,196

KUALA TERENGGANU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) membuka kertas siasatan ke atas pemilik restoran terapung di Langkawi, Kedah yang tular menjual hidangan seekor ikan siakap berharga RM1,196. Timbalan Menterinya Datuk Rosol Wahid berkata, ia berikutan peniaga restoran tersebut gagal mengemukakan rekod penjualan dan penyelenggaraan yang wajar walaupun telah diberikan dua kali notis. Kertas siasatan itu dibuka

Read more

LANGKAWI DIBUKA KEPADA SEMUA NEGARA

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) tidak mengehadkan pelancong asing yang akan menyertai Gelembung Pelancongan Antarabangsa bagi Projek Rintis Pulau Langkawi mulai 15 November ini. Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, keputusan itu dibuat selepas prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan telah wujud, termasuk pelancong perlu lengkap dua dos suntikan vaksin COVID-19 dan menjalani ujian calitan sebelum dan

Read more

POLIS TAHAN 10 LELAKI ‘BERPESTA DADAH’ DI LANGKAWI

LANGKAWI: Sekumpulan lelaki dari Kuala Lumpur ditahan polis di sebuah hotel di Pulau Langkawi, selepas disyaki terlibat dengan kegiatan dadah, awal pagi semalam. Ketua Polis Daerah Langkawi ACP Shariman Ashari berkata, serbuan dilakukan kira-kira jam 1.30 pagi oleh sekumpulan pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi dan Balai Polis Padang Mat Sirat. Hasil serbuan tersebut, seramai 10 lelaki

Read more

KES PERTAMA PELANCONG POSITIF COVID-19 DI LANGKAWI LIBATKAN KANAK-KANAK 3 TAHUN

ALOR SETAR: Jabatan Kesihatan Negeri Kedah mengesahkan terdapat kes pertama positif COVID-19 melibatkan pelancong di Langkawi. Pengarah Kesihatan Kedah Dr Othman Warijo berkata, kes pertama tersebut merupakan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun yang berasal dari Nilai, Negeri Sembilan. Katanya, kanak-kanak itu tiba di Langkawi bersama ibu bapanya pada 24 September lalu dengan menaiki penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa 2 (KLIA2).

Read more

TRAVEL BUBBLE: GENTING HIGHLANDS, PULAU TIOMAN, MELAKA BAKAL DIBUKA

KUALA LUMPUR: Genting Highlands, Pulau Tioman dan Melaka bakal dibuka bagi destinasi baharu pelaksanaan gelembung pelancongan negara atau ‘travel bubble’. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, perkara tersebut dipersetujui Mesyuarat Menteri Kuartet COVID-19 berhubung prosedur operasi standard (SOP), hari ini. Bagaimanapun, keputusan tersebut akan diperhalusi termasuk SOP pelancongan dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19, esok,

Read more

PELANCONG TEMPATAN BOLEH KE LANGKAWI BERMULA 16 SEPTEMBER

PUTRAJAYA: Pulau Langkawi akan dibuka kepada pelancong tempatan, bermula 16 September ini. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pulau lagenda itu dipilih sebagai projek rintis program “travel bubble”. “Sebagai permulaan, Pulau Langkawi telah dipilih sebagai projek rintis untuk dibuka kembali kepada pelancong tempatan bermula 16 September. “Destinasi pelancongan yang lain akan dibenarkan beroperasi apabila kadar vaksinasi lokaliti mencapai

Read more

KHEMAH BAZAR AIDILFITRI TERBAKAR

LANGKAWI: Khemah yang dijadikan untuk bazar Aidilfitri di Pekan Rabu, Langkawi terbakar pada pagi Sabtu. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran kira-kira jam 11.11 pagi. Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Langkawi dikejarkan ke lokasi. “Sebaik tiba di lokasi

Read more

NEELOFA MOHON MAAF

KUALA LUMPUR: Artis dan usahawan terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa memohon maaf berhubung isu pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) pencegahan penularan COVID-19, pada majlis perkahwinannya serta kunjungannya ke Langkawi bersama suami Muhammad Haris Mohd Ismail (PU Riz), baru-baru ini. Lapor Harian Metro, dia enggan mengeruhkan lagi keadaan selepas timbul pelbagai spekulasi atas tindakannya, sebaliknya menerima dengan hati terbuka

Read more

TUN MAHATHIR TERIMA SUNTIKAN VAKSIN COVID-19

LANGKAWI: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad selesai menerima suntikan vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Kompleks Sukan Langkawi, di sini. Isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali turut bersama dalam menerima suntikan vaksin tersebut. Menurut Dr Mahathir, rakyat tidak perlu meragui tentang keberkesanan vaksin COVID-19 yang sudah diluluskan pihak berkuasa, malah perlu yakin ianya

Read more
« Older Entries