Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KANAK-KANAK LELAKI EMPAT TAHUN CEDERA DISERANG ANJING

DALAM NEGARA

KANAK-KANAK LELAKI EMPAT TAHUN CEDERA DISERANG ANJING

Ketua Polis Daerah Langkawi ACP Shariman Ashari berkata kejadian berlaku pada kira-kira 10.30 pagi berhampiran dengan rumah kanak-kanak berkenaan, yang terletak berdekatan dengan kawasan tapak perkuburan.

ALOR SETAR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun cedera parah selepas diserang sekumpulan anjing di Kampung Dedek dekat Langkawi, pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Langkawi ACP Shariman Ashari berkata kejadian berlaku pada kira-kira 10.30 pagi berhampiran dengan rumah kanak-kanak berkenaan, yang terletak berdekatan dengan kawasan tapak perkuburan.

Beliau berkata kanak-kanak yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala itu dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

“Ibu mangsa dan pihak hospital telah membuat laporan polis berhubung kejadian,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu

Terdahulu tular di media sosial paparan yang menunjukkan keadaan kanak-kanak itu yang sedang duduk dalam keadaan berlumuran darah di bahagian kepala. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading