WANITA MYANMAR CEDERA BUNGKUSAN MELETUP DI LANGKAWI

Sumber gambar: Facebook

ALOR SETAR: Seorang wanita warga Myanmar cedera selepas membuka satu bungkusan yang dijumpai di bahagian belakang restoran yang disewanya di Jalan Pantai Cenang, Langkawi, hari ini.

Ketua Polis Daerah Langkawi ACP Shariman Ashari berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira pukul 10.27 pagi tadi.

“Mangsa yang berusia 26 tahun itu mengusahakan kedai makan miliknya dengan menyewa bahagian belakang restoran berkenaan. Letupan daripada bungkusan itu telah menyebabkan mangsa cedera pada bahagian muka dan badan serta mangsa telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut dan keadaannya stabil.

“Unit Pemusnah Bom dan Unit Anjing Pengesan telah digerakkkan ke lokasi kejadian. Buat masa ini kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Shariman berkata pihak polis giat mengesan suspek dan sedang mengenal pasti motif kejadian berkenaan.

Terdahulu, kejadian itu turut tular menerusi media sosial memaparkan sebuah kotak yang didakwa berisi bom, meletup menyebabkan pemilik kedai berkenaan mengalami kecederaan teruk. –AlHijrah Online

Leave a Reply