Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JKNJ SIASAT SECARA TERPERINCI INSIDEN BAYI JATUH DI HSI

DALAM NEGARA

JKNJ SIASAT SECARA TERPERINCI INSIDEN BAYI JATUH DI HSI

Pihak hospital berasa kesal terhadap insiden yang berlaku.  Satu perjumpaan bersama ibu bapa  telah diadakan pada Isnin lepas dan penerangan telah diberikan berkenaan insiden, keadaan bayi serta rawatan selepas kejadian. 

JOHOR BAHRU: Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) sedang melakukan siasatan terperinci berhubung insiden bayi terjatuh ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, baru-baru ini. 

Pengarah Kesihatan Johor Dr Mohtar Pungut@Ahmad berkata sehubungan itu, pihak hospital memohon agar mana-mana pihak tidak membuat sebarang andaian berkaitan kejadian terbabit. 

“Pihak hospital berasa kesal terhadap insiden yang berlaku.  Satu perjumpaan bersama ibu bapa  telah diadakan pada Isnin lepas dan penerangan telah diberikan berkenaan insiden, keadaan bayi serta rawatan selepas kejadian. 

“Untuk makluman, keadaan bayi adalah stabil dan berada dalam pemantauan rapi pihak hospital,” katanya menerusi hantaran di Facebook JKNJ, hari ini. 

Terdahulu, tular satu hantaran yang dimuat naik oleh seorang pemilik akaun Facebook yang sedih dan kesal berikutan kejadian yang menimpa bayinya ketika menerima rawatan di hospital berkenaan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading