Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

AKSI BIADAP THE 1975: TIDAK BERTAMADUN, BERTENTANGAN DENGAN NILAI KETIMURAN – MENTERI AGAMA

DALAM NEGARA

AKSI BIADAP THE 1975: TIDAK BERTAMADUN, BERTENTANGAN DENGAN NILAI KETIMURAN – MENTERI AGAMA

Tindakan tegas perlu diambil terhadap penganjur konsert tersebut sebagai pengajaran kepada penganjur lain untuk masa hadapan.

KUALA LUMPUR: Perbuatan kumpulan muzik British, The 1975 yang membuat aksi dan kenyataan biadap dalam persembahan di Good Vibes Festival, semalam, adalah melampau, tidak bertamadun serta bertentangan dengan nilai ketimuran.

ARTIKEL BERKAITAN – GOOD VIBES FESTIVAL DIBATALKAN SERTA MERTA – FAHMI FADZIL

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, tindakan tegas perlu diambil terhadap penganjur konsert tersebut sebagai pengajaran kepada penganjur lain untuk masa hadapan.

“Tindakan tersebut disifatkan biadap, tidak bertamadun dan bertentangan dengan nilai-nilai ketimuran yang kita amalkan di Malaysia. Di mana-mana negara, ada peraturan dan undang-undang mereka yang perlu dipatuhi.

“Kita harap pihak penganjur perlu menjadi lebih sensitif dalam menjemput kumpulan luar negara untuk datang ke Malaysia dengan mengambil kira nilai-nilai ketimuran, keagamaan yang ada di Malaysia,” katanya semasa ditemui Berita AlHijrah.

Dalam pada itu, Mohd Na’im menggesa penganjur program hiburan pada masa depan untuk lebih berhati-hati dalam membuat pemilihan artis serta memastikan mereka sentiasa mematuhi peraturan dan adab selain batasan agama di Malaysia.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading