Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

GOOD VIBES FESTIVAL DIBATALKAN SERTA MERTA – FAHMI FADZIL

DALAM NEGARA

GOOD VIBES FESTIVAL DIBATALKAN SERTA MERTA – FAHMI FADZIL

Pendirian Kerajaan Perpaduan amat jelas iaitu tiada kompromi terhadap mana-mana pihak yang mencabar, memperlekeh serta melanggar undang-undang Malaysia.

PUTRAJAYA: Penganjuran konsert Good Vibes Festival 2023 yang berlangsung bermula semalam 22 Julai sehingga Ahad 23 Julai, dibatalkan serta merta, tegas Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Ia susulan tindakan kumpulan The 1975 yang membuat aksi dan kenyataan biadap termasuk menghina undang-undang Malaysia berkaitan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).

Terdahulu, Fahmi telah memanggil penganjur Festival Good Vibes 2023 iaitu Future Sound Asia.

Dalam ciapannya, Fahmi berkata pendirian Kerajaan Perpaduan amat jelas iaitu tiada kompromi terhadap mana-mana pihak yang mencabar, memperlekeh serta melanggar undang-undang Malaysia.

“Justeru, saya telah mengarahkan pembatalan serta merta baki festival tersebut yang sepatutnya berlangsung hari ini sehingga esok, 23 Julai.

“Saya faham keputusan ini akan memberi implikasi kepada penonton yang telah membeli tiket. Sehubungan itu, saya juga telah menggesa penganjur untuk mengenal pasti mekanisme ganti rugi kepada pembeli-pembeli tiket,” katanya.

Fahmi mengulas, kerajaan sentiasa komited menyokong pembangunan industri kreatif dan kebebasan bersuara.

“Walau bagaimanapun, jangan sesekali menyentuh sensitiviti masyarakat, khususnya yang bertentangan dengan adab dan nilai budaya tempatan,” katanya.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

2 Comments

2 Comments

  1. Pingback: FAHMI MINTA PENGANJUR GOOD VIBES FESTIVAL 2023 BERI PENJELASAN SUSULAN AKSI BIADAP THE 1975 – ALHIJRAH ONLINE

  2. Pingback: AKSI BIADAP THE 1975: TIDAK BERTAMADUN, BERTENTANGAN DENGAN NILAI KETIMURAN – MENTERI AGAMA – ALHIJRAH ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading