Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEKERJA TERJATUH KETIKA SELENGGARA KERETA KABEL LANGKAWI

DALAM NEGARA

PEKERJA TERJATUH KETIKA SELENGGARA KERETA KABEL LANGKAWI

“Dianggarkan mangsa jatuh dari ketinggian antara 40 hingga 50 meter dan keadaan mangsa masih belum diketahui lagi kerana kedudukan mangsa jauh di bawah.”

Anggota bomba ketika operasi mencari dan menyelamat lelaki yang disyaki terjatuh sewaktu melakukan penyelenggaraan di perkhidmatan kereta kabel di Gunung Machinchang, Langkawi. – Foto ihsan bomba

ALOR SETAR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah sedang menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang terjatuh ketika sedang melakukan kerja penyelenggaraan kereta kabel di Langkawi hari ini.

Ketua Zon 4 Langkawi JBPM Kedah, Penguasa Bomba Mohd Zamri Abd Ghani berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 1.15 tengah hari sebelum tiba di lokasi kira-kira 15 minit kemudian.

“Kejadian melibatkan seorang mangsa Khairul Nizam Jaffar, 41, yang merupakan pekerja penyelenggaraan kereta kabel yang dipercayai terjatuh ketika sedang melakukan kerja penyelenggaraan di tingkat dua.

“Dianggarkan mangsa jatuh dari ketinggian antara 40 hingga 50 meter dan keadaan mangsa masih belum diketahui lagi kerana kedudukan mangsa jauh di bawah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya sedang dalam proses untuk turun bagi mencari dan mengesan mangsa sebelum membawa mangsa ke tempat yang selamat untuk tindakan susulan. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading