Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PESERTA ACARA KAYUHAN MAUT KEMALANGAN DENGAN KERETA DI LANGKAWI

DALAM NEGARA

PESERTA ACARA KAYUHAN MAUT KEMALANGAN DENGAN KERETA DI LANGKAWI

Ketua Polis Daerah Langkawi ACP Shariman Ashari berkata kejadian kira-kira 8.30 pagi itu, mangsa Low Beng Seng, 28, dari Langkawi meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

ALOR SETAR: Seorang peserta acara kayuhan berbasikal maut apabila terlibat kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Kuala Muda, Langkawi, hari ini.

Ketua Polis Daerah Langkawi ACP Shariman Ashari berkata kejadian kira-kira 8.30 pagi itu, mangsa Low Beng Seng, 28, dari Langkawi meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Beliau berkata Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi menerima maklumat berhubung kejadian berkenaan kira-kira 8.45 pagi.

“Siasatan awal mendapati, mangsa sedang berkayuh dengan beberapa pelumba kelompok belakang dalam acara kayuhan sejauh 68 kilometer (km).

“Tiba di lokasi kejadian, mangsa yang dipercayai cuba mengelak daripada bergesel dengan pelumba lain mengakibatkannya tercampak ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta dipandu wanita berusia 26 tahun, datang dari arah hadapan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Maliha, Langkawi untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, tular satu di media sosial video berdurasi 20 saat yang memaparkan kejadian kemalangan tersebut.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading