Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KESATUAN WARTAWAN PALESTIN: ISRAEL BUNUH 15 WARTAWAN TERMASUK 3 WANITA PADA OGOS

DUNIA

KESATUAN WARTAWAN PALESTIN: ISRAEL BUNUH 15 WARTAWAN TERMASUK 3 WANITA PADA OGOS

Antara wartawan yang terbunuh ialah Marwa Muslim, Mariam Abu Daqqa, dan Islam Abed. Sembilan wartawan lagi cedera dengan tahap kecederaan berbeza, termasuk kes yang menyebabkan pemotongan anggota badan dan lumpuh kekal.

RAMALLAH: Kesatuan Wartawan Palestin melaporkan bahawa tentera pendudukan Israel membunuh 15 wartawan, termasuk tiga wartawan wanita, sepanjang Ogos 2025.

Menurut Agensi Berita Palestin (WAFA), Jawatankuasa Kebebasan kesatuan itu mendokumentasikan sejumlah 86 pelanggaran dan jenayah terhadap wartawan di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza sepanjang bulan tersebut.

Antara wartawan yang terbunuh ialah Marwa Muslim, Mariam Abu Daqqa, dan Islam Abed. Sembilan wartawan lagi cedera dengan tahap kecederaan berbeza, termasuk kes yang menyebabkan pemotongan anggota badan dan lumpuh kekal.

Insiden paling berdarah termasuk pembunuhan enam wartawan berhampiran Hospital Al-Shifa di Gaza pada 10 Ogos, serta pembunuhan lima wartawan dan mencederakan empat yang lain di Hospital Nasser di Khan Yunis pada 25 Ogos.

Sekurang-kurangnya enam wartawan mengalami kecederaan serius akibat serpihan dan tembakan peluru hidup, dengan sebahagian mereka menjadi cacat kekal. Selain itu, tiga saudara-mara wartawan turut terbunuh dan empat rumah keluarga wartawan musnah.

Laporan itu juga merekodkan penahanan wartawan Farah Abu Ayash, Muath Amarneh dan Asid Amarneh.

Selain itu, enam serangan langsung melibatkan pemukulan fizikal terhadap pasukan media dilaporkan, di samping 33 kes wartawan dihalang daripada membuat liputan di Tebing Barat, termasuk di Al-Mughayyir, Beit Dajan, Ramallah dan Nablus.

Tiga serangan oleh peneroka Israel terhadap wartawan turut direkodkan, selain tiga insiden hasutan untuk membunuh wartawan oleh tokoh media Israel serta akaun media sosial rasmi, yang secara langsung menyumbang kepada pembunuhan wartawan di Gaza.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading