Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DUA LELAKI LEMAS KETIKA MANDI DI PANTAI CHENANG

DALAM NEGARA

DUA LELAKI LEMAS KETIKA MANDI DI PANTAI CHENANG

Dua lelaki lemas ketika mandi di Pantai Chenang, Langkawi, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Langkawi Supt Samsulmuddin Sulaiman berkata Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi menerima maklumat mengenai kejadian dua lelaki tempatan lemas di kawasan pantai itu pada 6.05 petang.

Sumber: Media Sosial

ALOR SETAR: Dua lelaki lemas ketika mandi di Pantai Chenang, Langkawi, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Langkawi Supt Samsulmuddin Sulaiman berkata Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi menerima maklumat mengenai kejadian dua lelaki tempatan lemas di kawasan pantai itu pada 6.05 petang.

“Mangsa berusia 38 dan 46 tahun berasal dari Selangor datang ke Langkawi bersama keluarga untuk bercuti.

“Kedua-dua mangsa yang lemas diselamatkan oleh orang ramai menggunakan ski jet dan dibawa ke tepi pantai,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Beliau berkata mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Maliha, Langkawi, namun pemeriksaan di wad kecemasan mendapati kedua-duanya telah meninggal dunia.

“Kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR),” katanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading