Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TRUMP BATAL PERJUMPAAN DENGAN PUTIN

DUNIA

TRUMP BATAL PERJUMPAAN DENGAN PUTIN

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Rabu berkata beliau telah membatalkan rancangan pertemuannya dengan Presiden Rusia Vladimir Putin, lapor Xinhua.

Sumber: AFP

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Rabu berkata beliau telah membatalkan rancangan pertemuannya dengan Presiden Rusia Vladimir Putin, lapor Xinhua.

“Kami telah membatalkan pertemuan dengan Presiden Putin,” kata Trump kepada wartawan di Rumah Putih. “Saya rasa ia tidak sesuai untuk diteruskan.”

“Saya rasa kami tidak akan mencapai tahap yang sepatutnya. Jadi saya batalkan, tetapi kami akan adakan pada masa depan,” tambah beliau.

Trump minggu lalu berkata beliau akan bertemu dengan Putin di Budapest, Hungary untuk mengadakan rundingan, selepas perbualan telefon antara kedua-dua pemimpin itu. Namun pada Selasa, beliau memberitahu wartawan di Rumah Putih bahawa pertemuan itu akan menjadi “pembaziran masa.”–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading