BEKAS SUAMI CULAS BAYAR NAFKAH MUNGKIN BERDEPAN SITAAN KEWANGAN – MOHD NA’IM
Langkah menyita simpanan kewangan bekas suami yang culas membayar nafkah sedang diusahakan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
KUALA LUMPUR: Langkah menyita simpanan kewangan bekas suami yang culas membayar nafkah sedang diusahakan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.
Beliau berkata Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) di bawah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia telah mengadakan perbincangan dengan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi membolehkan pelaksanaan langkah itu menerusi perintah Mahkamah Syariah.
“Jadi, yang ini akan dibuat oleh pihak BSK dan perbincangan itu telah dibuat dengan Bank Negara,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Dr Abd Ghani Ahmad (PN-Jerlun) yang ingin tahu apakah mekanisme pemantauan yang diwujudkan kerajaan melalui BSK bersama BNM bagi memastikan pelaksanaan sekatan akaun bank terhadap bekas suami atau bapa yang culas menunaikan nafkah.
Mohd Na’im berkata kerajaan juga giat memperkukuh tindakan penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah melalui pelbagai kaedah undang-undang.
Selain itu, beliau berkata BSK juga sedang melaksanakan usaha memberi kesedaran kepada para penanggung nafkah anak-anak dalam kalangan waris, selain suami atau bapa sebagaimana yang ditetapkan undang-undang dan hukum syarak bagi memastikan mereka melaksanakan tanggungjawab sebaiknya.
Beliau berkata tindakan penguatkuasaan juga diperkukuh melalui kerjasama dengan agensi kerajaan seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mengesan majikan serta alamat terkini penghutang penghakiman.
“Melalui pendekatan pelbagai seperti pendahuluan nafkah, bantuan tanpa kutipan balik, kemudahan transit serta penguatkuasaan tegas terhadap penghutang bagi memastikan kebajikan pemiutang penghakiman dapat dipelihara.
“Langkah jangka panjang ini bukan sahaja menjamin kesinambungan perkhidmatan BSK, malah memperkukuh sistem kehakiman syariah demi menjaga hak wanita, anak-anak dan kesejahteraan institusi kekeluargaan Islam,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked