Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berpendapat pelaksanaan hukuman rotan di sekolah wajar dipertimbangkan semula, namun perlu dilaksanakan mengikut garis panduan serta kawalan ketat bagi mengelakkan sebarang bentuk penderaan.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berpendapat pelaksanaan hukuman rotan di sekolah wajar dipertimbangkan semula, namun perlu dilaksanakan mengikut garis panduan serta kawalan ketat bagi mengelakkan sebarang bentuk penderaan.
Anwar menegaskan bahawa pandangan itu merupakan pendapat peribadinya dan belum menjadi dasar kerajaan, malah perkara berkenaan perlu diperhalusi melalui libat urus menyeluruh antara Kementerian Pendidikan dan pihak berkepentingan termasuk Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).
“Soal rotan, pandangan peribadi saya, saya telah suarakan, harus dikembalikan…tetapi dengan syarat ketat, bukan rotan di khalayak ramai. Rotan mungkin di tangan, bukan diberi kelonggaran sepenuhnya. Saya pernah jadi guru, saya rotan tetapi di tangan, dan tentunya tidak sampai tahap penderaan,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan R. Sanisvara Nethaji Rayer (PH-Jelutong) berhubung cadangan agar guru diberikan budi bicara untuk merotan bagi mendisiplinkan murid seperti amalan yang pernah dilaksanakan pada masa lalu.
Perdana Menteri berkata walaupun terdapat pandangan daripada pertubuhan hak asasi yang menganggap tindakan merotan termasuk dalam kategori penderaan terhadap kanak-kanak, namun ramai pendidik dan ibu bapa berpendapat bahawa langkah itu masih relevan sekiranya dijalankan secara berhemah.
“Ramai pendidik dan ibu bapa merasakan masih ada keperluan untuk mengembalikan amalan merotan, namun dengan syarat ketat serta hanya dilaksanakan oleh guru tertentu di bilik khas seperti bilik disiplin,” katanya.
Anwar berkata hukuman berasaskan disiplin tidak harus dilihat sebagai penderaan, sebaliknya sebagai langkah mendidik apabila murid melanggar peraturan secara keterlaluan, namun ia mesti dikawal dan dilaksanakan mengikut peraturan sekolah,” katanya.
Menurut beliau, ibu bapa tidak perlu terlalu bimbang kerana kenakalan anak-anak merupakan perkara biasa, namun jika pelanggaran disiplin berlaku secara berlebihan, tindakan sewajarnya perlu diambil.
“Ini hanya pandangan peribadi saya, bukan dasar kerajaan. Saya percaya perkara ini harus dipertimbangkan, diperhalusi dan dilibatkan dengan semua pihak,” katanya.
Menjawab soalan Rayer mengenai kes dua guru Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Chung Hwa Confucian Pulau Pinang yang dituduh di mahkamah kerana merotan murid, Anwar berkata berdasarkan laporan polis, murid terbabit merupakan anak autistik dan kes itu perlu dilihat berdasarkan fakta sebenar.
Anwar berkata pendakwa raya boleh menilai semula tuduhan sekiranya ia melibatkan kesalahan ringan dan tidak bersifat penderaan serius.
Sementara itu, menjawab soalan asal Datuk Seri Saifuddin Abdullah (PN-Indera Mahkota) mengenai langkah memperkukuh kerjasama antara sekolah, ibu bapa, komuniti dan agensi keselamatan, Anwar berkata polis akan terus ditempatkan di sekolah bagi pemantauan keselamatan supaya tidak menimbulkan keresahan dalam kalangan pelajar.
Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas kerajaan mengambil kira peningkatan kes buli, penderaan dan jenayah dalam kalangan pelajar serta keperluan memperkukuh kesejahteraan mereka di peringkat akar umbi.
Dalam pada itu, Anwar berkata kempen antibuli akan dipertingkatkan, manakala peranan kaunselor bertauliah, pembantu warden asrama termasuk veteran tentera serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) akan diperkasakan bagi memperkukuh jaringan keselamatan sosial di sekolah.
“Buli ini bukan perkara ringan, ia melibatkan ibu bapa, guru, dan pihak kementerian. Pengetua dan guru tidak boleh melepaskan tanggungjawab. Tahun demi tahun kita dengar kisah buli, tetapi kini dengan media sosial, ia kelihatan lebih ketara,” katanya.
Perdana Menteri turut menegaskan bahawa aspek pendidikan nilai dan akhlak perlu diberi penekanan agar murid bukan sekadar menghafal, tetapi mampu menterjemah nilai yang dipelajari dalam tindakan seharian.
Anwar berkata kerajaan juga akan menilai semula keberkesanan sistem sokongan pintar serta program bimbingan sedia ada agar pelaksanaannya lebih menyeluruh dan berkesan.
Beliau pada masa sama menyeru semua pihak termasuk Ahli Parlimen, pendidik dan ibu bapa untuk bersama-sama mencari pendekatan terbaik bagi memperbaiki suasana pendidikan negara.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.