KUARI BIJIH TIMAH HARAM: 27 DITAHAN, RAMPASAN BERNILAI RM28.73 JUTA
Sebanyak 27 individu ditahan kerana menjalankan aktiviti kuari bijih timah tanpa permit dan kelulusan daripada pihak berkuasa di Kampar, melibatkan anggaran nilai rampasan berjumlah RM28.73 juta, semalam.
IPOH: Sebanyak 27 individu ditahan kerana menjalankan aktiviti kuari bijih timah tanpa permit dan kelulusan daripada pihak berkuasa di Kampar, melibatkan anggaran nilai rampasan berjumlah RM28.73 juta, semalam.
Komander Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta SAC Shahrum Hashim berkata mereka berusia antara 19 hingga 76 tahun terdiri daripada tujuh lelaki tempatan, wanita tempatan (seorang), lelaki warga China (10 orang), lelaki Bangladesh (lapan orang) dan seorang lelaki Nepal.
“Siasatan mendapati kegiatan itu berlaku sejak Julai 2024. Mereka ditahan termasuk seorang pengurus tapak kuari warga China dan pemeriksaan mendapati kesemua warga asing yang bekerja itu melanggar syarat dengan menggunakan pas pelawat untuk ke negara ini.
“Rampasan pula melibatkan bijih timah dengan anggaran berat 4.5 tan, 60 beg jumbo berisi bahan mineral kasar dianggarkan 30 tan, pelbagai mesin memproses bijih timah dan jentera digunakan untuk kerja di kuari,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Shahrum berkata serbuan dilakukan Cawangan Risik Briged Utara, PGA Ulu Kinta dengan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian negeri serta Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Perak menerusi Op Bersepadu Khazanah.
Beliau berkata siasatan bagi kesalahan perlombongan bijih timah secara haram dibuat mengikut Seksyen 426 Kanun Tanah Negara (Akta 828) dan Enakmen Mineral Perak 2003 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Siasatan terhadap pekerja asing terlibat dibuat di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu melanggar syarat tinggal di Malaysia dan Seksyen 39B akta sama kerana melanggar syarat pas atau permit.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked