Connect with us

ALHIJRAH NEWS

DUA MAUT KEMALANGAN LANGGAR LARI DI GEORGE TOWN

DALAM NEGARA

DUA MAUT KEMALANGAN LANGGAR LARI DI GEORGE TOWN

Mangsa yang masing-masing berusia 22 dan 20 tahun dipercayai dalam perjalanan dari arah pusat bandar George Town menuju ke Jambatan Pulau Pinang sebelum dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kenderaan yang belum dikenal pasti.

GEORGE TOWN: Seorang lelaki dan rakan wanitanya maut selepas motosikal ditunggangi mereka dipercayai dirempuh sebuah kenderaan dalam kejadian langgar lari di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu berhampiran susur Jambatan Pulau Pinang, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad berkata dalam kejadian pada 4 pagi itu, mangsa yang masing-masing berusia 22 dan 20 tahun dipercayai dalam perjalanan dari arah pusat bandar George Town menuju ke Jambatan Pulau Pinang.

“Apabila tiba di susur bercabang menghala ke Jambatan Pulau Pinang/Universiti Sains Malaysia (USM), motosikal dinaiki kedua-dua mangsa disyaki dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kenderaan yang belum dikenal pasti.

“Akibat kemalangan itu, kedua-dua mangsa yang berasal dari Padang Serai, Kedah meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Abdul Rozak berkata mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Shahidatul Alyaa Nordin di talian 019-6886106 bagi membantu siasatan. — AlHijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading