Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SEORANG LELAKI WARGA INDONESIA MAUT DIGILIS TRAKTOR

DALAM NEGARA

SEORANG LELAKI WARGA INDONESIA MAUT DIGILIS TRAKTOR

Seorang lelaki warga Indonesia maut digilis traktor ketika sedang memunggah buah kelapa sawit di Ladang Serasa, Sungai Bayu, dalam kejadian pukul 12.10 tengah hari semalam.

GUA MUSANG: Seorang lelaki warga Indonesia maut digilis traktor ketika sedang memunggah buah kelapa sawit di Ladang Serasa, Sungai Bayu, di sini, dalam kejadian pukul 12.10 tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata mangsa yang dikenali sebagai Syaiful berusia 34 tahun maut di tempat kejadian akibat digilis tayar hadapan traktor terbabit.

“Siasatan mendapati sewaktu kejadian mangsa yang merupakan pekerja ladang sedang melakukan kerja memunggah buah kelapa sawit di kawasan berbukit ke dalam traktor berkenaan. 

“Namun secara tiba-tiba traktor itu telah mengundur dengan sendiri. Mangsa cuba memanjat traktor untuk mengawal kenderaan, tetapi telah terjatuh dan digilis tayar hadapan traktor,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Gua Musang untuk proses selanjutnya dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading