Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DUA PEMANCING DILAPOR HILANG DITEMUKAN LEMAS

DALAM NEGARA

DUA PEMANCING DILAPOR HILANG DITEMUKAN LEMAS

Dua pemancing yang dilaporkan hilang di perairan Pantai Kiamsam, Ahad lepas ditemukan lemas oleh nelayan tempatan petang semalam.

Sumber Gambar: BERNAMA

LABUAN: Dua pemancing yang dilaporkan hilang di perairan Pantai Kiamsam, Ahad lepas ditemukan lemas oleh nelayan tempatan petang semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan memaklumkan mayat Yassin Jhonal, 20, ditemukan pada 5.28 petang manakala mayat Mohd Shah Nadzmin, 19, kira-kira lima minit kemudian.

“Mayat ditemukan di kedudukan 500 meter dari Pantai Kiamsam, lokasi kedua-dua pemuda itu berlepas menaiki bot untuk keluar memancing,” katanya.

Menurut jurucakap itu mayat kemudian dihantar ke Hospital Labuan untuk bedah siasat.

Semalam dilaporkan Yassin dan Mohd Shah hilang selepas bot dinaiki mereka untuk memancing ditemukan terapung berdekatan jeti Kiamsam pada awal pagi.

Anggota keluarga dan rakan mangsa membuat laporan polis pada 10.18 pagi semalam dan operasi mencari dan menyelamat digerakkan oleh pasukan bomba, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia serta Pasukan Polis Marin.

Selain itu, pencarian turut dibantu komuniti nelayan tempatan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading