Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SERANGAN BESAR-BESARAN DI GAZA, SEKURANG-KURANGNYA 110 TERKORBAN

DUNIA

SERANGAN BESAR-BESARAN DI GAZA, SEKURANG-KURANGNYA 110 TERKORBAN

Tentera Israel pada Selasa mendakwa pihaknya melancarkan serangan udara ke atas Semenanjung Gaza.

Sumber Gambar: Media Sosial

WASHINGTON: Tentera Israel pada Selasa mendakwa pihaknya melancarkan serangan udara ke atas Semenanjung Gaza, lapor Anadolu Ajansi.  

“Berpandukan arahan daripada pihak atasan, IDF (Pasukan Pertahanan Israel) dan Shin Bet kini melancarkan serangan besar-besaran terhadap sasaran Hamas di seluruh Semenanjung Gaza,” kata jurucakap tentera, Avichay Adraee dalam hantaran di platform X.  

Media tempatan, memetik Perkhidmatan Kecemasan Awam Palestin melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 110 orang termasuk kanak-kanak terbunuh.

Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz mengarahkan tentera untuk mengambil tindakan tegas terhadap Hamas di Gaza.  

Israel mendakwa tindakan itu diambil susulan keengganan Hamas membebaskan tawanan serta penolakan terhadap semua cadangan yang dikemukakan oleh Wakil Khas Presiden AS Steve Witkoff dan para perantara. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading