SERANGAN ISRAEL KETIKA UMAT ISLAM BERPUASA TINDAKAN BERSIFAT KEBINATANGAN
IPOH: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mengutuk sekeras-kerasnya serangan Israel ke atas petugas kemanusiaan di Gaza dan menuntut tindakan segera daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
IPOH: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mengutuk sekeras-kerasnya serangan Israel ke atas petugas kemanusiaan di Gaza dan menuntut tindakan segera daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Tegas Presiden Mapim, Mohd. Azmi Abdul Hamid, serangan ketika umat islam sedang melalukan ibadah puasa dan gencatan senjata itu adalah perbuatan bersifat kebinatangan.
“Kami mendapat berita tergempar bahawa berlakunya serangan udara ke atas satu kawasan pelarian nama Beit Lahya di Gaza Utara yang melibatkan lapan orang petugas kemanusiaan.
“Perbuatan ini tidak berperikemanusian dan Mapim menuntut supaya badan-badan dunia, PBB terutamanya mengambil tindakan akan tegas dan keras terhadap Israel mengikut undang-undang antarabangsa,” katanya.
Mohd. Azmi berkata, Mapim juga menuntut gencatan senjata segera bagi menghentikan pembunuhan berterusan ke atas rakyat Palestin yang tidak berdosa.
Selain itu katanya, pintu sempadan antara Palestin dengan Mesir juga perlu segera dibuka supaya bantuan kemanusiaan di Gaza dapat disampaikan tanpa halangan.
Ujar Mohd. Azmi, Mapim bersama rakan kongsinya, Al-Khair Foundation, amat berdukacita atas kehilangan pasukan kemanusiaan yang syahid dalam serangan itu.
Justeru Mapim katanya, turut menyeru masyarakat dunia untuk bangkit menentang kezaliman dan tidak membiarkan Israel terus melakukan keganasan tanpa sebarang tindakan balas.
Beliau berkata demikian kepada TV AlHijrah selepas Majlis Peluncuran Buku Palestin, Rohingya, Kashmir, Uyghur: Kesatuan Ummah Diuji di Ipoh hari ini.
Seramai lapan petugas kemanusiaan Mapim terbunuh dalam serangan udara oleh tentera Israel di Beit Lahiya, Utara Gaza, pada Sabtu.
Serangan itu berlaku sekitar jam 1.30 petang waktu tempatan ketika mereka sedang mendirikan khemah bagi menempatkan keluarga pelarian yang kehilangan tempat tinggal akibat konflik berterusan di wilayah tersebut.
Lapan petugas kemanusiaan yang terkorban telah dikenalpasti sebagai; Mahmoud Yahya al-Sarraj, Bilal Hossam Oqeila, Mahmoud Samir Oselim, Mahmoud Khaled Oselim, Mohammed al-Ghafeer, Hazem Ghareeb, Bilal Abu mLMatar dan Ahmad Hamad. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests