Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SAR TAMAT: JASAD KANAK-KANAK JATUH LONGKANG HANYUT SEJAUH 6 KILOMETER

DALAM NEGARA

SAR TAMAT: JASAD KANAK-KANAK JATUH LONGKANG HANYUT SEJAUH 6 KILOMETER

Kanak -kanak itu sebelum ini dilapor terjatuh ke dalam longkang di Bandar Puncak Alam, 28 April lalu sebelum dihanyutkan arus deras ketika hujan lebat. Kehilangannya sebelum ini amat menyentuh hati apabila bapanya sanggup meredah arus deras bagi mencari mangsa.

SUNGAI BULOH: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) adik Khairil Izani Khaizalullinudin, 10, berakhir dengan penemuan hiba apabila jasadnya ditemui di tebing sungai Sungai Buloh, jam 1 petang tadi.

Mangsa ditemui pada hari ketiga pencarian, kira-kira 6 kilometer dari lokasi asal dia dilaporkan terjatuh.

Kanak -kanak itu sebelum ini dilapor terjatuh ke dalam longkang di Bandar Puncak Alam, 28 April lalu sebelum dihanyutkan arus deras ketika hujan lebat.

Terdahulu operasi SAR digerakkan pelbagai agensi termasuk lima anggota PPDA yang menjalankan surface searching dan penyelaman di checkpoint C dan checkpoint G menghala ke sungai.

Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital UiTM bagi tujuan bedah siasat dan kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Kehilangan kanak-kanak itu sebelum ini amat menyentuh hati apabila bapanya sanggup meredah arus deras bagi mencari mangsa. –  AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading